• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Nenek, Cucu Terpelanting Dirempuh Kereta

oleh AK-47
01/11/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Seorang wanita berusia 57 tahun dan dua cucunya cedera dilanggar lari sebuah kereta.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bertarikh 27 Oktober itu menunjukkan mangsa terpelanting ke udara akibat dirempuh sebuah kereta berwarna hitam.

Dalam kejadian yang berlaku di Newham itu, mangsa wanita dikenali sebagai Khalida Hussain bersama empat cucunya sedang melintas sebatang jalan di bandar berkenaan.

Nenek, Cucu Terpelanting Dirempuh Kereta

Nenek, Cucu Terpelanting Dirempuh Kereta

Rempuhan yang kuat itu menyebabkan Khalida bersama dua cucunya tercampak dan terpelanting ke udara sebelum terhentak pada penghadang jalan. Manakala dua lagi cucunya sempat mengelak dari dirempuh.

Akibat kejadian itu, mangsa dilaporkan patah tulang rusuk serta mengalami kecederaan kepala.

Rakaman itu disiarkan di media sosial dengan harapan dapat membantu siasatan polis dan mengesan pesalah berkenaan.

Polis dalam satu kenyataan mengesahkan kejadian itu.

“Ketiga-tiga mangsa masih dirawat di hospital dan tidak berdepan dengan kecederaan yang membawa maut.

“Kenderaan yang merempuh mangsa berhenti tidak jauh dari tempat kejadian selepas ditinggalkan dua suspek lelaki yang melarikan diri.

“Pihak polis masih menjalankan siasatan bagi mengesan pesalah dalam insiden terbabit,” kata kenyataan itu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: kemalanganlanggar larimelintas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

2 Maut, 2 Cedera Pesawat Air Canada Langgar Trak Bomba

2 Maut, 2 Cedera Pesawat Air Canada Langgar Trak Bomba

23/03/2026
0

Istanbul: Sebuah pesawat Air Canada berlanggar dengan sebuah trak bomba di landasan Lapangan Terbang LaGuardia, New York pada lewat malam...

2 Maut, 1 Cedera Terjatuh Dari Skylift Ketika Hujan Lebat Di Subang Jaya

2 Maut, 1 Cedera Terjatuh Dari Skylift Ketika Hujan Lebat Di Subang Jaya

18/03/2026
0

SUBANG JAYA, 17 Mac 2026 – Dua lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas terjatuh dari jentera pengangkat jenis ‘skylift’...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd