• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Rasmi Pameran Komik Dan Buku Konsep Wasatiyyah

oleh Ahmad Albab
01/12/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merasmikan Pameran Kartun dan Komik: Wasatiyyah dan Perjuangan yang mempamerkan hasil karya terbaik kartunis terkenal tempatan sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2016.

Najib yang juga Perdana Menteri tiba kira-kira 11 pagi di ruang legar aras tiga Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) diiringi Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan penasihat agama kepada Perdana Menteri, Tan Sri Abdullah Md. Zin.

Turut hadir Pengerusi Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (IBTM) Budiman Mohd. Zuhdi; Pengarah Institut Wasatiyyah Malaysia, Datuk Mohd. Yusof Din dan Presiden Kelab Kartunis Malaysia, Mohd. Desa Omar (Juragan).

Najib turut memperkenalkan buku hasil tulisannya bertajuk “Wasatiyyah dan Media Sosial: Mendepani Cabaran dan Fitnah” yang antara lain menyentuh cabaran gelombang lambakan maklumat termasuk fitnah dalam konteks pengurusannya.

Buku itu juga menyentuh kepentingan dan keberkesanan teknologi media sosial dalam urusan seharian masyarakat ketika ini selain strategi dan kaedah yang perlu diterapkan bagi mengelakkan masyarakat berkiblatkan media sosial yang berunsurkan fitnah.

Najib meluangkan masa kira-kira setengah jam melawat pameran tersebut yang memaparkan perkembangan komik dan kartun di Malaysia selain menyingkap sejarah politik negara termasuk proses menuntut kemerdekaan.

Sementara itu, Juragan ketika ditemui media berkata pameran itu juga secara tidak langsung mengimbau semula sejarah kartun dan komik negara dengan mengumpulkan karya-karya kartunis dari zaman 1930 hingga kini.

“Kebanyakan karya kartun sudah rosak, lupus dan tidak popular. Ada juga yang sudah dibeli pengumpul kartun dan komik. Tujuan kami mengumpulkan semula kartun dan komik negara untuk paparan masyarakat,” katanya dan menambah terdapat hampir 100 karya daripada 20 kartunis sedang dipamerkan.

Perhimpunan Agung UMNO 2016 bermula semalam dengan pelbagai acara penting diatur sepanjang hari. Perhimpunan lima hari itu melibatkan 5,732 perwakilan. – BERNAMA

Tags: komikPAU 2016UMNOwasatiyyah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN –  Puad Zarkashi

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN – Puad Zarkashi

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti MIC tidak berada dalam kedudukan selamat jika mengambil keputusan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) Ahli Majlis...

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - "Mari kita duduk berdua dulu tentukan apa yang boleh di capai kesepakatan terutama antara UMNO...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd