• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Diberi Taklimat Tren Berkelajuan Tinggi China

oleh Ahmad Albab
03/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TIANJIN – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diberi taklimat mengenai Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) China oleh China Railway ketika dalam perjalanan dari Beijing ke Tianjin pada Khamis.

Najib, yang melakukan lawatan rasmi enam hari ke China sejak Isnin, menaiki HSR menuju ke Tianjin, sebuah bandar raya pelabuhan utama di timur laut China, terletak kira-kira 138.6 kilometer dari Beijing, untuk lawatan singkat.

Perjalanan dengan kereta mengambil masa hampir dua jam antara kedua-dua destinasi itu tetapi dengan HSR, yang berkelajuan 350 kilometer sejam, masa yang diambil kurang dari 30 minit.

Perkhidmatan HSR di China diperkenalkan pada 2007, dan menjadi kaedah pengangkutan yang semakin popular dengan merekodkan penumpang tahunan lebih 1.1 bilion tahun lepas.

Rangkaiannya meliputi 28 daripada 33 wilayah di negara itu dan lebih 20,000 kilometer laluan bagi Landasan Khusus Penumpang (PDL).

China Railway Engineering Corp (CREC) adalah antara beberapa syarikat pengendalian kereta api, termasuk Korea Railroad Corporation (Korail) dan East Japan Railway Company, yang mengintai peluang projek HSR bernilai RM50 bilion, meliputi laluan Kuala Lumpur-Singapura sejauh 350 kilometer, yang dijangka memendekkan perjalanan kepada 90 minit.

Projek itu yang bermula dari Bandar Malaysia, melalui Putrajaya, Seremban, Ayer Keroh, Muar, Batu Pahat, Iskandar Puteri sebelum berakhir di Jurong East, Singapura, dijangka beroperasi sepenuhnya menjelang 2026.

Ketibaan Najib di Stesen Kereta Api Tianjin disambut Naib Datuk Bandar Majlis Perbandaran Tianjin, Zhao Haishan.

Beliau kemudian bertemu Setiausaha Jawatankuasa Perbandaran Tianjin daripada Parti Komunis China (CPC), Li Hongzhong di Tianjin State Guest House.

Najib dan Li, yang turut disertai Zhao, kemudian menyaksikan pemeteraian Perjanjian Operasi bagi projek Penyahgaraman Air Laut Bersepadu dan projek pembuatan garam antara syarikat milik Malaysia, XianDa Group dan Suruhanjaya Pentadbiran Kawasan Pembangunan Ekonomi-Teknologi Tianjin bagi projek loji penyahgaraman pelepasan sifar cecair bersepadu di sini.

Xianda diwakili Pengerusi XianDa (Tianjin) Seawater Resources Development Co. Ltd. Group, Mah Sau Cheong, manakala Suruhanjaya Pentadbiran Kawasan Pembangunan Ekonomi-Teknologi Tianjin pula oleh Pengarah Jawatankuasa Urusan, Wang Sheng.

Menurut laporan, semasa majlis pecah tanah pada 2014 di Tianjin, XianDa Group merancang untuk melabur 15 bilion yuan (RM8 bilion) untuk membuka sebuah loji penyahgaraman pelepasan sifar cecair bersepadu di sini.

Loji itu akan menghasilkan satu juta tan air bersih dan 600,000 tan air sulingan sehari. – BERNAMA

Tags: kereta apiNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kereta Api Thailand Dihempap Kren, Tiada Rakyat Malaysia Terbabit

Kereta Api Thailand Dihempap Kren, Tiada Rakyat Malaysia Terbabit

14/01/2026
0

Kuala Lumpur: Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden maut di timur laut Thailand, hari ini apabila sebuah kren pembinaan tumbang...

Kereta Api Terpantas Di Dunia Rekod Kelajuan 453 km/j

Kereta Api Terpantas Di Dunia Rekod Kelajuan 453 km/j

21/10/2025
0

BEIJING: Kereta api terpantas di dunia, CR450 memulakan siri ujian pra-perkhidmatan dengan merekodkan kelajuan maksimum 453 km/j, lapor Xinhua. Kereta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd