• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MyBrain15: Lebih 54,000 Penuntut Dapat Tajaan

oleh Ahmad Albab
01/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Setakat 30 September lepas, kerajaan menerusi Program MyBrain15 menaja 54,035 penuntut dengan perbelanjaan RM800.2 juta untuk melanjutkan pengajian di peringkat sarjana dan ijazah doktor falsafah (PhD), Dewan Rakyat diberitahu.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata program MyBrain15 akan diteruskan dengan pembiayaan sebanyak RM500 juta di bawah Rancangan Malaysia ke-11.

“Sehingga kini, bilangan pemegang PhD dalam negara melebihi 23,000 orang,” katanya ketika sesi Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Dr. Siti Mariah Mahmud (PAS-Kota Raja) yang ingin tahu mengenai program MyBrain15 yang menyasarkan 60,000 pemegang biasiswa bagi pemegang PhD menjelang 2023, apakah pencapaiannya dan adakah program ini akan diteruskan pada masa depan.

Idris berkata MyBrain15 hanyalah satu daripada mekanisme bagi mencapai melahirkan lebih ramai bilangan pemegang PhD yang disasarkan, selain peringkat sarjana.

Beliau berkata Skim Latihan Akademik (SLAB/SLAI) turut menaja program PhD yang sehingga kini menaja 8,100 penuntut sarjana dan PhD yang menelan belanja sebanyak RM1,769 bilion.

Selain itu, terdapat juga Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) dan Universiti Penyelidikan yang membantu penyelidik seramai 8,321 orang antara tahun 2011 hingga tahun lepas mengikuti pengajian PhD dan Master.

Beberapa program lain turut ditawarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, Majlis Amanah Rakyat, Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia (MARDI), Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan dan Khazanah Nasional untuk menaja program PhD. – BERNAMA

Tags: BiasiswaIdris Jusoh
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Video: Ibu Dikecam Biarkan Kakak ‘Buli’ Adik

Next Post

Terkentut Semasa Dibedah, Wanita Melecur Teruk

Related Posts

Agong Berkenan Kurnia Biasiswa Kepada 12 Penuntut IPT

Agong Berkenan Kurnia Biasiswa Kepada 12 Penuntut IPT

29/06/2022
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) kepada...

Maszlee Enggan Ulas Biasiswa, Dakwa Najib Curi Duit Rakyat

05/11/2019
0

PUTRAJAYA - “Najib curi duit rakyat,” demikian jawapan ringkas Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik yang menyindir bekas Perdana Menteri, Datuk...

Next Post

Terkentut Semasa Dibedah, Wanita Melecur Teruk

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd