• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muntah Ikan Paus Jadikan Nelayan Oman Jutawan

oleh AK-47
14/11/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Tiada siapa menyangka seorang nelayan bakal bergelar jutawan selepas menemui muntah ikan paus di pesisir pantai di Muscat, Oman baru-baru ini.

Khalid Al Sinani yang berusia 30-an itu menemui longgokan besar ambergris atau muntah ikan paus ketika menangkap ikan.

Ambergris terbentuk dalam usus paus sperma untuk melindungi sistem penghadamannya daripada objek tajam seperti muncung sotong yang ditelannya ketika makan.

Ia sama ada dimuntahkan atau dikeluarkan menerusi sistem penghadaman dan akan terapung di laut atau dibawa ombak ke pantai.

Bahan berwarna kelabu seperti lilin itu ialah hasil sampingan sistem penghadaman paus sperma yang digelar ‘emas terapung.’

Harganya amat mahal dan menjadi buruan syarikat pengeluar minyak wangi kerana ia menyebabkan reaksi kimia yang menjadikan wangian kekal dan tahan lama.

Gulfnews melaporkan, Khalid menemui muntah tersebut ketika dalam perjalanan pulang dan terhidu bau busuk tidak jauh dari botnya.

“Saya nampak selonggok besar bahan terapung di air dan menggunakan tali untuk menariknya. Beratnya lebih 60 kilogram sedangkan bot saya hanya enam meter panjang.

“Impian saya menjadi kenyataan. Saya sudah menunggu saat ini lebih 20 tahun selepas mula menjadi nelayan bersama ayah,” katanya yang merancang untuk berhenti menjadi nelayan dan mahu hidup mewah.

Khalid dilaporkan menolak tawaran sebuah syarikat pembuat minyak wangi tempatan yang mahu membeli muntah tersebut pada harga RM11,531 sekilo.

Dia bagaimanapun, mahu menjual muntah tersebut dengan 18,000 riyal (RM20,756) sekilo.

Selain itu Khalid turut mahu menceburi bidang hartanah selepas berjaya mendapatkan hasil penjualan muntah paus tersebut.

November tahun lalu, dua warga Oman turut menemui muntah paus di pesisiran pantai Fooshi, selatan Oman dan menjualnya dengan harga 80,000 riyal (RM92,249) kepada peniaga tempatan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Ikan Pausjutawan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

230 Paus Terdampar Di Tasmania, Separuh Masih Hidup

230 Paus Terdampar Di Tasmania, Separuh Masih Hidup

21/09/2022
0

SYDNEY: Kira-kira 230 ikan paus ditemukan terdampar di pantai barat Tasmania hari ini dan menurut pihak berkuasa Australia, hanya separuh...

Ikan Paus Besar Dibunuh Kejam, Dilapah Di Iceland

Ikan Paus Besar Dibunuh Kejam, Dilapah Di Iceland

13/08/2022
0

REYKJAVIK, Iceland – Sebilangan ikan paus dilapah di pantai Iceland selepas tempoh larangan memburu mamalia marin berkenaan selama empat tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd