• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MP Segambut Dicabar Tidak Masuk Dewan Rakyat

oleh Ahmad Albab
02/11/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Anggota Parlimen Segambut, Lim Lip Eng dicabar supaya tidak masuk ke Dewan Rakyat, sekiranya beliau tidak iktiraf kedudukan Yang Dipertua atau speaker yang dilantik mengikut Perlembagaan.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata beliau amat kesal dengan sikap anggota Parlimen DAP itu yang tidak menghormati kedudukan speaker yang dipilih di bawah Artikel 57(1)(a) Perlembagaan Persekutuan.

“Kalau YB Segambut berpendirian sedemikian, saya cabar beliau untuk tidak masuk dalam Majlis Mesyuarat sewaktu saya mempengerusi mesyuarat.

“Saya juga tidak akan menghormati seorang anggota Yang Berhormat yang tidak menghormati Perlembagaan,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Dalam sidang Dewan Rakyat pada 25 Okt lepas, Lim mendakwa Pandikar Amin memberi ‘syarahan’ mengenai isu subjudis saman Jabatan Keadilan Amerika Syarikat, sebelum kedua-dua mereka saling bertikam lidah dan Lim diarah keluar .

Pandikar Amin turut menegaskan dirinya tidak perlu meminta maaf kepada anggota Parlimen pembangkang yang bertindak keluar daripada dewan ketika pembentangan Bajet 2017 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 21 Okt lepas.

Ini kerana katanya, tindakan mereka itu telah dirancang lebih awal untuk mengaibkan Najib yang juga Menteri Kewangan secara peribadi, bukannya disebabkan tidak bersetuju dengan kandungan bajet.

“Pernyataan ini dibuktikan oleh tindakan ahli-ahli yang berhormat yang berkenaan mengangkat plakad-plakad yang tertulis perkataan, “siapa MO1?” sebelum mereka keluar.

“Atas sebab itu, soal untuk saya meminta maaf kepada ahli-ahli yang berhormat yang konon saya halau keluar tidak timbul sama sekali atas sebab pertama, mereka sendiri yang telah merancang untuk keluar. Kedua, mereka melanggar Peraturan Mesyurat 41(1)(e),” katanya. – BERNAMA

Tags: Ahli ParlimenDewan RakyatMP SegambutPandikar Amin Mulia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Gaji Ahli Parlimen Dan ADUN, Rasai Apa Rakyat Rasa – Akmal

Potong Gaji Ahli Parlimen Dan ADUN, Rasai Apa Rakyat Rasa – Akmal

28/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan dicadangkan memotong gaji semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketua Pemuda UMNO, Datuk...

Babi Hutan Berkeliaran Di Putrajaya Sedang Diburu

Babi Hutan Berkeliaran Di Putrajaya Sedang Diburu

27/03/2026
0

PUTRAJAYA – Aduan berkaitan kehadiran babi hutan di sekitar Jalan P9A, Presint 9 kini sedang diambil tindakan oleh pihak berkuasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd