• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Mentaliti Menang’ Pedoman Pemuda, Puteri Dan Wanita

oleh Ahmad Albab
30/11/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mentaliti menang menjadi semboyan tiga sayap UMNO – Pemuda, Puteri dan Wanita – dalam menuju Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sebagai parti yang berkemampuan untuk terus mengemudi negara.

Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin, Ketua Puteri UMNO Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Ketua Wanita UMNO Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil ketika meniupkan semboyan itu kepada anggota sayap pada persidangan pergerakan masing-masing mahu strategi mentaliti menang, dipateri dalam diri Pemuda, Puteri dan Wanita dalam menuju PRU14.

Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata beliau tidak mahu lagi mendengar dalam kalangan hulubalang parti yang bercerita seolah-seolah Barisan Nasional (BN) akan kalah.

“Kita mesti yakin kita boleh menang, jangan kita mengaku kalah sebelum berperang,” pesan Khairy kepada anggota Pemuda UMNO.

Beliau berkata bila ada strategi mentaliti menang, rakyat akan berasa lebih yakin dan menyedari bahawa UMNO mampu untuk terus mengemudi negara.

“Ini bagi meniupkan semangat kepada jentera di segenap lapisan parti untuk terus mengejar setiap undi, untuk bekerja siang malam, untuk lawan hujah musuh, untuk kita terus mengejar kemenangan,” katanya.

Mas Ermieyati pula mengingatkan anggota perwakilan pergerakan itu untuk menanam mentaliti menang dalam diri sebagai perisai dan senjata untuk mendepani pelbagai cubaan, fitnah dan prasangka musuh.

Beliau berkata antara contoh mentaliti menang yang wajar dicontohi ialah kisah tokoh politik Amerika Syarikat pada abad ke-18, Benjamin Franklin yang menanggani pesaingnya dengan tertib dan lembut sehingga akhirnya mereka bersahabat.

Franklin, menurut Mas Ermieyati telah menulis surat untuk meminjam sebuah buku dan mengembalikannya dengan nota terima kasih dan menyatakan penghargaannya dalam buku autografinya sehingga pesaing itu akhirnya menegurnya dengan lembut.

“Kisah ini menunjukkan bagaimana seorang yang mempunyai mentaliti jaguh menguruskan masalahnya. Mempunyai mentaliti jaguh yang tidak mudah mengalah, yakin dengan kemampuan dan kesungguhan diri, masalah itu akhirnya berjaya ditukar menjadi suatu kemenangan indah dan bermakna,” katanya.

Beliau berkata bagi memastikan anggota Puteri mempunyai mentaliti sedemikian, mereka perlu mempunyai asas 4K dalam diri iaitu keyakinan, kesetiaan, keikhlasan dan kesungguhan dalam perjuangan UMNO.

“Rakyat memberikan mandat kepada UMNO kerana mereka yakin dengan prestasi dan perjuangan kita, yakin kerana kualiti kepimpinan UMNO. Datanglah apa juga cubaan, fitnah, prasangka dan sebagainya, mereka berjaya melaluinya kerana mempunyai kualiti yang dikenali sebagai mentaliti jaguh,” katanya.

Sementara itu, Shahrizat berkata UMNO perlu menang kerana ia tempat orang Melayu berpaut dan kemenangan UMNO bermakna kemenangan bangsa Melayu bersama-sama dengan semua kaum lain.

“Kita wajib menang. Kita mesti menang,” katanya. – BERNAMA

Tags: PAU 2016Pemuda UMNOPRU14Puteri UMNOWanita UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Sekali Pemuda UMNO, Selamanya Pemuda UMNO’ – Akmal Jumpa Anwar 

‘Sekali Pemuda UMNO, Selamanya Pemuda UMNO’ – Akmal Jumpa Anwar 

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub   KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk...

Bimbang Naratif Terancang Hakis Kuasa Raja-Raja Melayu – Pemuda UMNO Pekan

Bimbang Naratif Terancang Hakis Kuasa Raja-Raja Melayu – Pemuda UMNO Pekan

25/12/2025
0

PEKAN – Pemuda UMNO Pekan menyuarakan kebimbangan terhadap perkembangan polemik berkaitan isu Titah Adendum yang dilihat berpotensi membentuk naratif berbahaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd