• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mark Adam Tonton Filem P. Ramlee Asah Bakat Berlakon

oleh Ahmad Albab
24/11/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penyanyi Mark Adam memberitahu dia sering menonton filem-filem lakonan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee untuk dijadikan rujukan dalam mengasah bakat lakonannya.

Mark berkata, dia tertarik dengan lakonan P. Ramlee kerana setiap filem yang dihasilkan bukan sahaja mempunyai elemen drama tetapi komedi dan muzik.

“Saya kenal filem-filem Allahyarham P. Ramlee sudah lama dan saya memang berulang kali menonton kerana tidak pernah jemu.

“Menerusi filem-filem arahan dan lakonannya saya juga turut mengambil inspirasi kerana terlalu banyak yang boleh saya pelajari daripadanya.

“Ia banyak membantu saya memperbaiki mutu lakonan saya dan beliau adalah idola saya,” katanya kepada mStar Online.

Mark ditemui pada majlis tayangan perdana telefilem Oh My English! : Road to Jojga yang diadakan di Pavilion di sini, Rabu.

Drama dua bahagian itu menampilkan barisan pelakon seperti Elfira Loy, Randy Pangalila, Jihan Muse, Johan Raja Lawak, Mark Adam, Roax Tan, Mohd. Zhafir Muzani dan Juzztin.

Ia bakal disiarkan pada 3 Disember (bahagian 1) dan 11 Disember (bahagian 2) pada pukul 9 malam di saluran Astro TVIQ, Astro MAYA dan Astro Prima.

Mark memberitahu filem lakonan P. Ramlee yang paling digemarinya adalah Pendekar Bujang Lapok, Ibu Mertuaku, Bujang Lapok dan Madu Tiga.

Kata Mark, karya berkenaan mempunyai kesitimewaan tersendiri dan Mark mengakui telah berulang kali menonton filem tersebut.

“Pertama kali isteri saya memperkenalkan filem P. Ramlee saya sudah terpesona dan terus menjadi peminatnya.

“Karyanya cukup meninggalkan kesan dalam pelbagai cara dan ia kekal relevan untuk ditonton sehingga hari ini,” ujarnya.

Mark Adam Tonton Filem P. Ramlee Asah Bakat Berlakon
Mark Adam

Sementara itu, Mark berkata, walaupun dia kini dilihat lebih banyak berlakon dia tidak pernah berhasrat meninggalkan bidang muzik kerana itu adalah keutamaannya.

Kata Mark, lakonan adalah sebahagian daripada bidang seni dan menganggap tidak salah sekiranya dia mencuba mencipta nama sebagai pelakon.

“Alhamdulillah rezeki saya dalam bidang lakonan memang cukup murah dan saya anggap ini sebagai rezeki.

“Saya suka berlakon walaupun masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki dan pada masa sama nyanyian adalah keutamaan saya,” katanya. – mStar Online

Tags: lakonanMark AdamTan Sri P Ramlee
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ibu Lihat Sendiri Anak Dibungkus, Diletak Dalam Tong

Next Post

Wajah Yuna Hiasi Billboard Di Times Square, New York

Related Posts

Mark Adam Antara Yang Dipanggil SPRM

05/11/2020
0

KUALA LUMPUR - Penyanyi dan pelakon popular, Mark Adam mengakui dihubungi pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kelmarin bagi membantu...

“Sherry, Saya Minta Maaf” – Mark Adam

20/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Penyanyi Mark Adam memohan maaf kepada pengacara, Sherry Alhadad selepas gurauan saiz badan pada konsert pertama Big...

Next Post

Wajah Yuna Hiasi Billboard Di Times Square, New York

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd