• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Majoriti Rakyat Malaysia Tolak Bersih Dan PPBM

oleh Ahmad Albab
20/11/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Majoriti rakyat Malaysia menolak sikap hipokrit Bersih dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak.

Berasaskan jumlah peserta Bersih 5 yang keluar hari ini, Salleh berkata ini menunjukkan kegagalan serius buat Dr. Mahathir dan parti baharunya, rakan baharu dalam gabungan Pakatan Harapan yang diketuai DAP.

Beliau berkata penubuhan parti baharu Dr. Mahathir bertujuan menghimpunkan penyokong baharu orang Melayu untuk Pakatan dan Bersih 5.

“Namun, mereka yang berarak hari ini hanya tiga peratus dari perhimpunan Bersih tahun lepas – iaitu, 15,500 hari ini berbanding 500,000 tahun lepas yang didakwa Bersih.

“Jikapun anda ambil kira angka yang diberikan Malaysiakini, jumlah hari ini tidak lebih daripada 41,000 – kurang daripada 10 peratus daripada angka yang didakwa Bersih tahun lepas,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Salleh berkata, kesan daripada Dr. Mahathir dan kroninya menyertai Bersih menyaksikan jumlah peserta yang keluar menurun hampir 97 peratus.

“Orang Melayu mengesan agenda peribadinya dan enggan turut serta. Dan beribu-ribu rakyat Cina Malaysia yang menyertai Bersih tahun lepas begitu mual melihat Mahathir terlibat, mereka duduk saja di rumah,” kata beliau.

Salleh juga berkata majoriti rakyat Malaysia dapat melihat bahawa PPBM parti yang ‘sudah berlalu’ dan menemui kegagalan.

“Diwujudkan hasil kekecewaan Mahathir akibat anaknya tidak berpeluang menjadi perdana menteri selepas UMNO menolak beliau,” katanya.

Menteri itu berkata demokrasi tegak kukuh di Malaysia.

“Ia tidak mungkin lenyap semata-mata kerana angan-angan seorang tua yang pernah mengaku dirinya sebagai diktator semasa berkuasa,” katanya. – BERNAMA

Tags: BersihPPBM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bersih Sudah Seperti Keluarga Sendiri, Kata Fahmi

Bersih Sudah Seperti Keluarga Sendiri, Kata Fahmi

03/08/2024
0

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menjelaskan dia tidak berniat untuk menyebut nama Bersih sebagai antara pihak yang tidak hadir ke sesi...

Bersih Gesa K’jaan Bebaskan Tahanan Protes Air Sabah

Bersih Gesa K’jaan Bebaskan Tahanan Protes Air Sabah

18/06/2024
3

Gabungan NGO untuk pilihan raya bersih dan adil (Bersih) menuntut pihak berkuasa membebaskan sembilan individu tanpa dokumen yang ditahan ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd