• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘YOU Dan ‘MaGIC’ Mahu Lahirkan Lebih Ramai Usahawan

oleh Ahmad Albab
13/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) akan bekerjasama dengan Youth On Unity (YOU), sebuah badan bukan kerajaan (NGO), untuk melahirkan lebih ramai usahawan muda di Malaysia.

Pengerusi YOU, Datuk Mohd Nazifuddin Mohd Najib berkata kerjasama itu diharap memberi pendedahan kepada golongan muda mengenai keperluan industri perniagaan terkini dan cara berkesan dalam menguruskan perniagaan.

“Kita bergerak ke seluruh Malaysia dan mensasarkan golongan muda yang mempunyai minat dalam bidang keusahawanan.

“Mereka yang mempunyai idea menarik untuk dikembangkan, kita akan bantu dan yang terbaik akan menjadi sebahagian daripada usahawan MaGIC, kerana kita mahu melahirkan pemain industri yang boleh mewakili negara dalam pasaran ASEAN dan antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas menjadi penceramah jemputan MaGIC di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini, pada Sabtu.

Mohd Nazifuddin berkata, YOU berbincang dengan MaGIC untuk mencari pendekatan terbaik dalam membina jaringan perniagaan bagi golongan muda, terutama mereka yang baru menceburi dunia keusahawanan.

“Apa yang kita harapkan daripada kerjasama tersebut ialah golongan muda ini dapat mengembangkan perniagaan mereka bermula dari peringkat permulaan sehingga perniagaan mereka matang,” katanya.

Beliau berkata kerjasama MaGIC dan YOU akan menumpukan minat dan perkongsian pengalaman pengiat industri dalam perniagaan merangkumi teknologi maklumat, kesihatan dan kecergasan, pengiklanan dan pemasaran, pembinaan serta e-dagang.

Selain itu, kerjasama berkenaan akan mencari bakat usahawan di kawasan pembangunan berpotensi yang disasarkan, untuk dibentuk menjadi ahli perniagaan berdaya saing.

MaGIC ditubuhkan untuk menjadi pemangkin dalam ekosistem keusahawanan di Malaysia dengan membawa masuk sumber daripada rakan kongsi dan komuniti serta membangunkan usahawan daripada perusahaan permulaan yang mempunyai pertumbuhan tinggi.

YOU pula merupakan NGO yang menekankan pembangunan sosial, pendidikan dan fizikal anak-anak muda dan menyediakan platform kepada mereka supaya lebih berdikari, khususnya untuk peningkatan kualiti hidup serta mampu menghadapi perubahan globalisasi. – BERNAMA

Tags: usahawan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mara Luluskan RM200 Juta Bantu Usahawan

Mara Luluskan RM200 Juta Bantu Usahawan

06/07/2022
0

PASIR GUDANG: Majlis Amanah Rakyat (Mara) meluluskan kira-kira RM200 juta peruntukan pembiayaian perniagaan kepada golongan usahawan di seluruh negara setakat...

TVET Lonjak Potensi Usahawan

TVET Lonjak Potensi Usahawan

26/06/2022
0

Sungai Petani : Bermula dengan sebidang tanah seluas 0.2 hektar, seorang usahawan muda agromakanan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd