• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih Ramai Calon Wanita Bertanding Pada PRU14

oleh Ahmad Albab
29/11/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Wanita UMNO menjangkakan lebih ramai calon Wanita akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Ketua Wanita Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Beliau berkata sayap itu sudah mengumpulkan senarai calon dan senarai itu akan diserahkan kepada Presiden parti Datuk Seri Najib Razak, yang juga Pengerusi Barisan Nasional.

“Saya telah mula mencari calon-calon yang berpotensi, jadi iya, kami telah ada senarai itu dan apabila perdana menteri meminta saya menghantar (senarai) itu, kami akan melakukannya.

“Tetapi kami juga bekerjasama dengan wanita itu sendiri, sebab kami memerlukan profil mereka. Jadi saya fikir mereka sendiri harus ada motivasi diri sebab kebanyakan mereka ada potensi, tetapi sebahagiannya merasakan mereka tidak bersedia sedangkan mereka berkelayakan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri forum ‘Women Power Talk – Effective Networking’ anjuran Wanita UMNO di sini hari ini.

Bagaimanapun, Shahrizat enggan mendedahkan butiran mengenai jumlah calon yang tersenarai tetapi menyatakan bilangannya adalah melebihi PRU13.

Timbalan Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani, yang merasmikan forum itu berkata siapa juga yang terpilih sebagai calon, sama ada lelaki atau wanita, mereka harus berupaya memenangi kerusi dan diterima oleh pengundi.

“Saya yakin semakin ramai wanita di luar sana layak menjadi Anggota Parlimen dan saya berpendapat yang menjadi persoalan sekarang ialah kawasan mana yang mereka akan bertanding,” katanya. – BERNAMA

Tags: PRU14Shahrizat Abdul JalilUMNOWanita
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tugas UMNO Pastikan Persempadanan Semula Sasar Tambah Wakil Melayu Di Parlimen

Tugas UMNO Pastikan Persempadanan Semula Sasar Tambah Wakil Melayu Di Parlimen

17/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Jurucakap Pulau Pinang, Datuk Mohd Noor Ahmad mahu UMNO meneliti secara mendalam usaha persempadanan semula kawasan pilihan raya,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd