• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPDNKK N.Sembilan Rampas Minyak Masak RM59,000

oleh Ahmad Albab
09/11/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Sembilan merampas 26,000 kilogram (kg) minyak masak yang dianggarkan bernilai RM59,000 dalam serbuan di sebuah premis di Kawasan Industri Tuanku Jaafar di sini, hari ini.

Timbalan Pengarahnya Saifulbahri Abdul Kadir berkata pihaknya membuat serbuan pada kira-kira pukul 12 tengah hari selepas memperoleh maklumat hasil risikan terhadap premis terbabit.

“Pemeriksaan terhadap premis itu mendapati ia menjalankan perniagaan barang kawalan tanpa lesen. Kita siasat mengikut Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya 15 pegawai KPDNKK terlibat dalam operasi itu dan terdapat lima petugas di premis itu ketika serbuan dijalankan.

Sementara itu, katanya tiada sebarang masalah minyak masak di Negeri Sembilan setakat ini kerana bekalan adalah mencukupi.

Katanya di Negeri Sembilan terdapat tujuh pembungkus, 41 pemborong dan 41 ‘peruncit khusus(DDR)’.

“Kita telah menjalankan 864 pemeriksaan di semua peringkat dan bekalan minyak masak di negeri ini adalah mencukupi. Semasa pemeriksaan itu dijalankan mendapati jumlah bekalan minyak masak di pasaran iaitu di peringkat pembungkus adalah sebanyak 118,086 kg, pemborong (30,574 kg), pasar raya/pasar raya besar (15,390 kg), DDR (26,000 kg) dan pasar mini/kedai runcit (14,000 kg).

“Cuma di peringkat awam (pengguna) kemungkinan kekeliruan yang timbul apabila menampakkan minyak masak yang berjenama nasional seperti Saji, Vesawit dan Seri Murni tiada di pasaran menyebabkan secara keseluruhan pengguna menganggap bekalan minyak masak tiada dipasaran,” katanya.

Saifulbahri berkata minyak masak berjenama nasional ini dikeluarkan oleh ‘kilang penapis’ yang diluar kawalan KPDNKK Negeri Sembilan.

“Daripada pemborong yang kami kenal pasti hanya sejumlah 14 daripada 41 pemborong di Negeri Sembilan yang terlibat dengan pengedaran minyak masak berjenama nasional. Oleh itu, kita telah meminta pemborong ini supaya meningkatkan pengedaran minyak masak berjenama nasional ke pasaran bagi memastikan bekalan itu terterusan.

Saya harap kekeliruan ini tidak timbul lagi dan kami akan cuba membantu peniaga di negeri ini yang ketiadaan bekalan minyak masak dengan mengarahkan pemborong untuk membekalkan minyak masak ke premis yang ‘kehabisan stok’,” katanya.

Katanya setakat ini pihaknya telah menerima 25 pelbagai aduan mengenai bekalan minyak masak dan 20 daripadanya berjaya diselesaikan. – BERNAMA

Tags: KPDNKKMinyak Masak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Wanita Bernasib Malang Dilanggar 2 Kali Dalam 2 Minit

Next Post

Polis, DBKL Sahaja Berkuasa Tunda Kenderaan

Related Posts

Kerajaan Belum Rancang Salur Subsidi Minyak Masak Peket Guna MyKad

Kerajaan Belum Rancang Salur Subsidi Minyak Masak Peket Guna MyKad

17/02/2025
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan belum merancang untuk menukar subsidi minyak masak peket kepada bayaran tunai melalui MyKad kepada rakyat setakat...

‘Kecut Perut’ Dikejar Penguat Kuasa, Penyeludup Tinggal Kereta Berisi Minyak Masak

‘Kecut Perut’ Dikejar Penguat Kuasa, Penyeludup Tinggal Kereta Berisi Minyak Masak

26/10/2024
0

TUMPAT : Pemandu sebuah kereta disyaki penyeludup lari meninggalkan kenderaan membawa muatan 850 kilogram (kg) minyak masak bersubsidi untuk mengelak...

Next Post

Polis, DBKL Sahaja Berkuasa Tunda Kenderaan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd