• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Koperal Polis Tumbuk, Tampar Isteri Didenda RM1,000

oleh Ahmad Albab
21/11/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perbuatan suami mencederakan isteri tidak boleh dipandang remeh kerana ia boleh membawa tragedi, kata hakim Mahkamah Tinggi di sini semasa mendengar rayuan kes seorang anggota polis yang mencederakan isterinya.

Hakim Datuk Azman Abdullah berkata suami juga tidak seharusnya mengambil tindakan di tangan sendiri dalam menangani sebarang permasalahan dengan isteri.

“Ramai yang berakhir dengan isteri mati dan sebagainya. Itu sudah terlambat…apakah langkah bagi memastikan awak tidak mengulangi perbuatan ini.

“Awak kerja polis, (karakter) kerja dengan karakter di rumah ini berlainan.

“Mahkamah meneliti faktor utama iaitu kamu masih lagi berumahtangga dengan isteri dan mempunyai anak. Mahkamah membenarkan hukuman penjara diketepikan dan menjatuhi hukuman denda RM1,000 atau sebulan penjara,” kata hakim itu.

Beliau berkata demikian dalam penghakimannya ketika menjatuhkan hukuman terhadap Koperal Mohd Hafizam Ahmad, 31, yang mencederakan isterinya, Mutiary Binawati Mohd Sharif, 38, seorang kakitangan awam pada Jun tahun lepas.

Hakim Azman membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Mohd Hafizam untuk mengetepikan hukuman penjara sembilan hari yang dijatuhi Mahkamah Majistret Putrajaya sebelum ini.

Bapa dua anak itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di Blok D9, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan, Putrajaya, di sini pada 10.10 malam, 16 Jun 2015.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh telah menumbuk perut dan menampar pipi isterinya ketika mereka berada di dalam kereta.

Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Izzat Fauzan mewakili pendakwaan manakala peguam A. Kailashii Vasudevan bertindak bagi pihak tertuduh. – BERNAMA

Tags: pukul isteri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pukul Isteri Dengan Kayu Kerana Cemburu

17/04/2022
0

Kluang : Lelaki di bawah pengaruh syabu ditahan manakala kayu dipercayai digunakan untuk memukul isterinya dirampas polis di ladang kelapa...

Peniaga Didakwa Cederakan Isteri Ketiga Hingga Parah

17/06/2021
0

JOHOR BAHRU - Seorang peniaga didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap isteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd