• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Konvensyen Pakatan Malu Gagal Meterai Misi 1 Lawan 1

oleh
13/11/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Perjanjian kerjasama antara PPBM dan Pakatan Harapan (PH) diketuai DAP yang sepatutnya dimeterai hari ini untuk membolehkan pembangkang berdepan Barisan Nasional (BN) gagal.

Berita yang memalukan itu menjadi perbualan banyak penganalisis politik apabila Konvensyen PH di sini ditangguh tanpa menyaksikan sebarang pemeteraian kerjasama apatah lagi penyertaan PPBM ke dalam pakatan tersebut.

Lebih lucu, konvensyen julung kali diadakan blok itu selepas Pakatan Rakyat ‘dikuburkan’ DAP tahun lalu juga ‘diboikot’ PAS selain tiada kelibat dua parti pembangkang baharu di Sabah ditubuhkan bekas pemimpin UMNO.

Kedua-duanya iaitu Parti Warisan Sabah yang diterajui Datuk Seri Shafie Apdal dan Parti Harapan Rakyat Sabah dipimpin Datuk Seri Lajim Ukin memberi alasan konon jadual aktiviti mereka padat di negeri berkenaan hari ini.

PAS pula enggan menyertai konvensyen yang turut disertai DAP tersebut. Parti Islam berkenaan malah membentuk blok pembangkang sendiri iaitu Gagasan Sejahtera yang juga dianggotai oleh Parti Ikatan Bangsa dan Berjasa.

Ia membayangkan usaha pembangkang konon mahu menyaksikan perlawanan 1 lawan satu dengan BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang tidak kesampaian, sekali gus bakal memperlihatkan pertandingan tiga penjuru.

Dalam pada itu, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berucap dalam Konvensyen PH berkata pemimpin parti tersebut bakal bermesyuarat bagi membincang bentuk kerjasama boleh dibentuk antara parti pembangkang.

Konvensyen Pakatan Malu Gagal Meterai Misi 1 Lawan 1

“Jangan pula anggap saya takut atau ‘cold feet’ dengan perjanjian ini. Kami minta tangguh kerana pihak pimpinan PPBM masih perlu bincang. Kami setuju dengan hasil mesyuarat yang diadakan antara presiden parti pembangkang.

“PPBM juga setuju hak dan kedudukan Islam sebagai agama rasmi kekal selain memastikan hak orang Bumiputera terpelihara, Perjanjian yang akan kita buat ini juga merangkumi komitmen setiap pihak lawan rasuah,” katanya.

Menurut Muhyiddin, PPBM tidak mungkin mampu bertanding secara persendirian dan menang pada pilihan raya umum apatah lagi parti kecil tersebut diketahui belum lagi mempunyai sebarang jentera kempen yang mantap.

“Jika kita tidak kerjasama, PPBM pastinya akan tewas sebelum kita masuk gelanggang,” katanya. Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencadangkan penubuhan jawatankuasa teknikal untuk menyelaraskan pembahagian kerusi.

Tambah Muhyiddin, jawatankuasa tersebut boleh membantu PH untuk mengenal pasti calon terbaik dengan ciri-ciri ‘kebolehmenangan’ selain harus ada ‘war room’ untuk kongsi maklumat terkini dan strategi dirangka bersama.

Kenyataan beliau itu nyata bercanggah dengan Pengerusi PPBM sendiri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika berucap dalam konvensyen tersebut sendiri yang mendakwa mereka sedia menyertai PH. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: pakatan harapanPPBM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Elak Tanggapan Tikus Membaiki Labu

05/06/2022
0

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) beriltizam mahu membantu mengatasi gejala rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan belia suatu usaha...

Fahami Dendam Membara PPBM

30/01/2022
0

Tiada apa perlu dihairankan berhubung ugutan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap UMNO. Memang begitulah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd