• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Johor Iktiraf Sumbangan TMJ

oleh AK-47
30/11/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan Johor mengiktiraf usaha yang dilakukan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam memperkembangkan sukan bola sepak di negeri itu melalui pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) sekali gus menyatupadukan Bangsa Johor.

Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan Kebudayaan dan Warisan Johor yang juga Naib Presiden 1, Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Datuk Zulkurnain Kamisan berkata, kerajaan Johor sangat berbangga dengan perkembangan bola sepak negeri itu hasil usaha Tunku Ismail.

“Bola sepak Johor kian dikenali umum di peringkat domestik mahupun antarabangsa. Sejak Tunku Ismail menerajui dan menswastakan pasukan dan diletakkan di bawah kelab JDT, perkembangan sukan nombor satu ini berada di landasan yang tepat.

“JDT melakar sejarah demi sejarah dan kejayaan demi kejayaan. Selain mempunyai pelan pembangunan bola sepak yang hebat, kewangan kelab menjadi stabil, perbelanjaan lebih berhemah dan terkawal, serta pengurusan menjadi lebih tersusun apabila Johor memiliki stadium serta pusat latihan yang tercanggih dan termoden,” katanya.

Zulkurnain berkata, wawasan Tunku Mahkota Johor itu dalam membangunkan bola sepak negeri itu juga menjadi pemangkin kepada penyatuan Bangsa Johor.

Kata beliau, rakyat Johor khususnya pasti melihat baginda sebagai ikon dalam sukan bola sepak kerana membawa JDT ke satu tahap yang disegani.

Tambah beliau, Tunku Ismail juga seorang pemimpin yang sentiasa berfikir diluar kotak dan mempunyai keberanian luar biasa yang tidak dimiliki oleh orang lain ibarat seorang penakluk kepada sebuah empayar yang besar.

“Saya sendiri melihat Tunku Mahkota Johor bukan sahaja berjaya mentransformasikan bola sepak negeri ini, malah melakukan revolusi bola sepak tanah air.

“Polisi kelab yang telah ditetapkan berjaya membawa JDT bukan sahaja memenangi trofi dalam saingan domestik malah di peringkat Asia. Saya percaya kejayaan dikecapi JDT ini akan dijadikan pemangkin kepada kecemerlangan bagi acara-acara sukan yang lain,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: bola sepakJDTTMJ
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Terengganu Banjir, Rakyat Tak Perlu Cemas

Next Post

Perjalanan Terus Ampang & Sentul Timur Khamis Ini

Related Posts

Ada JDT Kata Nak Tarik Diri – TMJ

Ada JDT Kata Nak Tarik Diri – TMJ

05/05/2025
0

PEMILIK kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mendedahkan bahawa perbelanjaan kelab Harimau Selatan adalah antara yang paling rendah...

Bidoglio Bangga Dengan Prestasi JDT

Bidoglio Bangga Dengan Prestasi JDT

17/04/2025
1

KETUA Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio melahirkan rasa bangga dengan komitmen ditunjukkan barisan pemainnya selepas berjaya mencatat kemenangan...

Next Post

Perjalanan Terus Ampang & Sentul Timur Khamis Ini

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd