• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Buat Persiapan Hadapi Banjir Skala Besar

oleh
28/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim berkata kesiapsiagaan kerajaan menghadapi banjir tetap dibuat dalam skala besar walaupun bencana itu dijangka berlaku dalam skala yang kecil.

Beliau berkata pengalaman berdepan musibah banjir pada 2014 mengajar kerajaan dan pihak berkuasa berkaitan, terutamanya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) agar lebih bersedia kerana skala bencana itu boleh berubah tanpa diduga.

“Walaupun Jabatan Meteorologi Malaysia menjangkakan banjir kali ini berskala kecil tetapi pengalaman berdepan bencana itu sebelum ini membuatkan kita lebih bersedia.

“Atas sebab itu kita membuat persediaan dalam skala besar seolah-olah banjir besar akan berlaku,” katanya mengulas persediaan kerajaan menghadapi banjir ekoran musim tengkujuh yang akan melanda negara, bulan depan.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan penyerahan enam buah bot penyelamat Amphibious Sealegs oleh Agensi Bencana Negara (Nadma) kepada APM di sini hari ini.

Shahidan berkata APM selaku sekretariat dan urus setia kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana dan Bantuan Pusat (JPBBP) peringkat nasional telah melaksanakan latihan kesiapsiagaan membabitkan agensi keselamatan lain termasuk bersama badan bukan kerajaan (NGO), antaranya bagi memastikan semua pihak bersedia jika bencana itu kembali melanda.

Beliau berkata APM juga telah mengadakan simulasi memberi bantuan dan memindahkan mangsa di negeri-negeri yang dijangka akan dilanda banjir seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Shahidan berkata pihaknya juga akan mempraktikkan pendekatan baharu dalam pengurusan banjir iaitu pindah dahulu sebelum banjir sepertimana yang dilaksanakan di beberapa negara maju seperti Jepun.

Pendekatan baharu ini akan dilaksanakan APM jika banjir melanda dan kita tidak akan bertolak-ansur kepada mana-mana penghuni yang enggan berpindah kerana apa yang dilakukan adalah untuk kebaikan mereka, katanya.

Beliau berkata sebanyak 382 bot, 96 lori dan 141 kenderaan pacuan empat roda berada dalam keadaan siap sedia untuk ke lokasi banjir dengan 11,800 anggota bersedia digerakkan untuk tiga jam pertama bencana melanda.

Mengenai Amphibious Sealegs, Shahidan berkata pemilikan bot penyelamat itu akan memastikan perkhidmatan lebih efisien dapat diberikan kepada rakyat, khususnya ketika banjir berlaku disebabkan bot tersebut amat praktikal kerana boleh diatur gerak sama ada di darat mahupun air.

Bot-bot ini akan diedarkan ke beberapa negeri iaitu Kelantan dua buah, masing-masing sebuah bagi Sabah dan Sarawak, manakala dua buah lagi ditempatkan di ibu pejabat APM bagi digerakkan ke mana-mana lokasi yang memerlukan, katanya. – BERNAMA

Tags: BanjirShahidan Kassim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

28/12/2025
0

MELAKA: Bantuan kecemasan bencana banjir untuk mangsa di Sumatera Barat, Indonesia yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Bencana...

Ahli Politik Indonesia Sibuk Nasihat Mengenai Kayu Balak, Nasib Mangsa Banjir Dipersoal

Ahli Politik Indonesia Sibuk Nasihat Mengenai Kayu Balak, Nasib Mangsa Banjir Dipersoal

21/12/2025
0

KENYATAAN anggota DPR Indonesia, Alex Indra Lukman, yang menegur orang ramai agar tidak mengambil kayu gelondongan sisa banjir kerana ia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd