• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keluarga Upah Tiga Penyelam Profesional RM2.5 Juta

oleh Ahmad Albab
02/11/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Keluarga warga Brazil, Lucas Soares Bondezan, 24, yang hilang sejurus bot dinaiki terbakar di perairan Muka Head, Pulau Pinang sejak lebih sebulan lalu memutuskan menggunakan tiga penyelam profesional bagi mengesan mayat mangsa yang dipercayai masih terperangkap dalam bot.

Jurucakap keluarga mangsa, Justin Nicholas De Souza, 56, berkata, keluarga mereka memperuntukkan sehingga RM2.5 juta bagi usaha pencarian yang memasuki fasa kedua dan dipercayai bakal bermula dalam tempoh terdekat.

Katanya, sebanyak RM3 juta juga dibelanjakan bagi mengesan bukti sama ada mangsa masih hidup atau mati sebelum usaha pencarian bagi fasa kedua dimulakan.

“Bagaimanapun, kami perlu mendapat kebenaran daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) terlebih dahulu sebelum memulakan aktiviti menyelam di kawasan kejadian,” katanya pada sidang media di sebuah hotel, di sini, semalam.

De Souza berkata, tiga penyelam profesional itu ialah Weerawut Phetsawat, 38, dari Thailand dan Jakub Hejhal, 26, serta David Has, 52, kedua-duanya dari Republik Czech.

Katanya, walaupun keluarga mangsa belum menerima sebarang petanda positif mengenai penemuan mayat Bondezan, namun mereka masih menaruh harapan tinggi kepada kepakaran tiga penyelam terbabit.

“Walaupun pencarian agak sukar kerana tragedi itu sudah lama berlaku di kawasan laut terbuka yang mempunyai kedalaman kira-kira 50 meter, tetapi usaha akan terus dilakukan kerana itu adalah kehendak keluarga,” katanya yang mengakui sudah mengenali Bondezan sejak lebih enam tahun lalu.

Turut hadir pada sidang media itu ialah rakan mangsa yang juga kapten bot dinaikinya dalam tragedi itu, Rudolf Kolic, 61.

Dalam kejadian jam 1 pagi, 16 September lalu, Bondezan hilang selepas sebuah bot mewah dikenali UN1K rosak dan terbakar ketika dalam perjalanan dari Langkawi ke Singapura.

Selain Kolic yang berasal dari Croatia, dua lagi rakan mangsa, Novak Novakovic, 28, (Serbia) dan Jaroslav Horejsek, 37 (Republik Czech) berjaya diselamatkan nelayan tempatan. – myMetro Online

Tags: kes hilangpenyelam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lagi Penyelam Eropah Ditemukan

09/04/2022
0

MERSING : Dua lagi penyelam Eropah yang hilang ketika melakukan aktiviti selam skuba berhampiran Pulau Tokong Sanggol, di sini ditemukan...

3 Pekerja Resort Di Pulau Tenggol Dikhuatiri Hilang Di Laut

01/08/2019
0

DUNGUN - Tiga pekerja sebuah resort di Pulau Tenggol dekat sini dikhuatiri hilang selepas bot yang mereka naiki gagal tiba...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd