• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johor Peruntuk Lebih RM1.6 Bilion Untuk Bajet Negeri 2017

oleh Ahmad Albab
17/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISKANDAR PUTERI – Kerajaan negeri hari ini mengumumkan peruntukan sebanyak RM1.609 bilion bagi Bajet Johor 2017 bertemakan ‘Johor Berkemajuan, Rakyat Sejahtera’.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata peruntukan itu berdasarkan jangkaan kutipan hasil negeri pada tahun depan meningkat sebanyak 12.86 peratus berbanding anggaran hasil dalam Bajet 2016.

Beliau berkata dengan pertambahan hasil itu, ini bermakna Bajet 2017 mempunyai lebihan sebanyak RM1.3 juta – satu rekod yang dicatat buat kali ketujuh berturut-turut sejak 2011.

Katanya daripada keseluruhan bajet, sebanyak 47 peratus atau RM763.3 juta disediakan untuk pembangunan manakala selebihnya untuk perbelanjaan mengurus (tidak termasuk caruman kepada Kumpulan Wang Pembangunan).

“Perbelanjaan mengurus ini terdiri daripada emolumen sebanyak RM479.22 juta; perkhidmatan dan bekalan (RM244.61 juta); pembelian aset jabatan (RM20 juta); dan perbelanjaan-perbelanjaan lain (RM4.94 juta),” katanya ketika membentangkan Bajet Johor 2017 pada persidangan Dewan Undangan Negeri Johor, di sini hari ini.

Mohamed Khaled berkata bajet itu dirangka dengan tiga misi utama iaitu untuk membangun kemakmuran material, mesejahteraan sosial dan memperkasa potensi insan.

Katanya, ia juga merupakan hasil pemikiran serius pelbagai pihak yang digembleng dalam setiap pertimbangan inisiatif yang dicadangkan.

“Semua cadangan perbelanjaan yang dikemukakan adalah dalam kemampuan kewangan kerajaan negeri. Ini bermakna, ia secara realisitiknya, telah dirangka dengan mengambil kira kemampuan sebenar kerajaan.

“Kerajaan negeri mengambil pendirian, disiplin fiskal yang tegas dan berhemah, amat perlu dalam menguruskan ekonomi Johor yang berjaya,” katanya.

Beliau berkata menerusi bajet itu, kerajaan negeri akan memastikan ekonomi tumbuh dengan pesat, inklusif dan pintar sekali gus mewujudkan ribuan peluang pekerjaan kepada rakyat.

Mohamed Khaled berkata kerajaan negeri juga berikrar bahawa bajet ini boleh menangani kesenjangan dan kos sara hidup serta mewujudkan prasarana awam terbaik untuk kebaikan umum.

“Prestasi ekonomi kita yang memuncak melangit tidak akan bermakna jika kualiti hidup merudum membumi.

“Rakyat mahu kehidupan yang baik, selesa, bermutu dan bermaruah. Sekolah mesti berfungsi, kemudahan asas air, elektrik dan jalur lebar mesti universal.

“Kemudahan kesihatan harus dalam kelas termaju. Alam sekitar mesti dipulihara. Sistem sosial kita mesti berfungsi agar yang miskin dibantu dan yang memerlukan diupayakan. Kesejahteraan sosial adalah sangat kritikal untuk kewujudan masyarakat terbaik,” katanya. – BERNAMA

Tags: BajetJohor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Johor Tunggu Keputusan Pusat, Sangkal Dakwaan PN Johor Bergolak

PAS Johor Tunggu Keputusan Pusat, Sangkal Dakwaan PN Johor Bergolak

30/12/2025
0

JOHOR BAHRU – Pas Johor menegaskan pelantikan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Johor yang baharu susulan peletakan jawatan Datuk Dr Sahruddin...

Pulau Pinang Mampu Peroleh Projek LRT Yang Lebih Mahal – TMJ

Pulau Pinang Mampu Peroleh Projek LRT Yang Lebih Mahal – TMJ

26/11/2025
0

Pulau Pinang Mampu Peroleh Projek LRT Yang Lebih Mahal - TMJ OLEH MYNEWSHUB  JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Duli...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd