• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jawatankuasa Fatwa Perlis: Suntikan Vaksin Wajib

oleh AK-47
12/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis memutuskan pengambilan vaksin adalah kaedah paling berkesan sebagai pencegahan terhadap penyakit yang membawa kemudaratan dan umat Islam wajib mendapatkannya.

Ketetapan itu dibuat dalam mesyuarat kali ke-23 Jawatankuasa Fatwa Negeri pada 3 dan 4 Oktober lalu yang memutuskan suntikan imunisasi terbukti mampu melindungi kesihatan kanak-kanak daripada dijangkiti wabak merbahaya.

“Kecuaian ibu bapa dalam menunaikan tanggungjawab ini sehingga membahayakan nyawa anak-anak sendiri adalah berdosa,” kata Jawatankuasa Fatwa Negeri dalam kenyataan di sini hari ini.

Oleh itu, masyarakat Islam di Perlis digesa tidak menolak suntikan vaksin dan keengganan mendapatkan pencegahan berkenaan adalah perbuatan tidak bertanggungjawab.

Malah ibu bapa yang tidak mahu imunisasi itu diberikan kepada anak mereka sehingga menyebabkan penularan wabak merbahaya dalam kalangan masyarakat juga berdosa, kata jawatankuasa itu.

Vaksinasi ialah proses memberi imunisasi kepada bayi bertujuan mencegah penyakit berjangkit yang boleh diberi secara suntikan atau melalui mulut di mana jika ada kesan sampingan ia adalah ringan dan tidak membahayakan. – BERNAMA

Tags: Jawatankuasa Fatwa Perlissuntikan vaksin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Norza Cabar V Shem-Wee Kiong Kekalkan Ranking Nombor Satu

Next Post

Rasmi 50 Pokok Tropika Tertinggi Dunia Ada Di Sabah

Related Posts

Suntikan Vaksin Pneumokokal Percuma Bayi Bermula Jun

03/01/2020
0

IPOH - Suntikan vaksin pneumokokal secara percuma akan dilaksanakan bulan Jun tahun ini khusus bagi setiap bayi yang lahir mulai...

Virus Polio Datang Dari Luar Sabah – Dzulkefly

09/12/2019
0

PUTRAJAYA - Punca jangkitan virus polio dialami seorang bayi lelaki berumur tiga bulan dari Tuaran, Sabah, disyaki datang dari luar...

Next Post

Rasmi 50 Pokok Tropika Tertinggi Dunia Ada Di Sabah

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd