• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Terlalu Banyak Guna Kata Pinjaman

oleh AK-47
19/11/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) disaran agar mengurangkan penggunaan ‘kata pinjaman’ bahasa Inggeris dalam Bahasa Melayu.

Penasihat Sosial Budaya Perdana Menteri, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata seharusnya perlu ada penapisan sebelum sesuatu istilah diterima pakai sebagai perkataan yang digunakan secara am.

Beliau berkata hasil penelitian dan penyelidikannya, terdapat banyak istilah bahasa Inggeris yang diterjemah ke bahasa Melayu dalam kamus melalui proses pinjaman.

“Saya menyeru agar tolong buat penyelidikan yang lebih mendalam agar kita terselamat daripada dilihat sebagai bahasa tersandar kepada sistem meniru dalam istilah yang kebanyakannya terdapat dalam bahasa kita sendiri,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan 15 buku Akal Budi Seni yang diterbitkan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), di sini hari ini.

Rais berkata sekiranya perkara itu terus dibiarkan, beliau bimbang istilah tradisional Melayu akan lenyap ditelan zaman.

Beliau berkata beliau telah menulis surat kepada DBP mengenai perkara itu dan berharap mereka dapat membendungnya daripada terus berlarutan.

Beliau juga berharap para pemimpin mengambil berat tentang bahasa Melayu dan menggunakannya sebaik mungkin. – BERNAMA

Tags: DBPTan Sri Dr Rais Yatim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sanusi Kecewa DBP Tak Datang Majlis Kerana Kedah Negeri Pembangkang

Sanusi Kecewa DBP Tak Datang Majlis Kerana Kedah Negeri Pembangkang

15/12/2022
0

ALOR SETAR : Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor kecewa dengan sikap seorang pegawai kanan Dewan Bahasa...

Awang Sariyan ‘Pulang’ Ke DBP

27/05/2020
0

KUALA LUMPUR - Bagai sirih pulang ke gagang, begitulah reaksi persatuan kesusasteraan tanah air mengenai pelantikan tokoh bahasa dan persuratan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd