• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Pertikai Usaha Kerajaan Jalin Hubungan Erat China

oleh Ahmad Albab
22/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata rakyat hendaklah mempercayai kerajaan dan tidak mempertikai pendekatan berbaik-baik untuk mengeratkan hubungan dengan China.

Beliau berkata kerajaan sentiasa berusaha melakukan yang terbaik untuk kepentingan rakyat dan meningkatkan kemajuan ekonomi negara.

Rakyat Malaysia harus berterima kasih kepada bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak yang berpandangan jauh untuk merintis hubungan diplomatik dengan China pada tahun 1974, katanya.

Beliau berkata demikian pada forum bertajuk: ‘Trump dan Pendirian Umat Islam’ anjuran bersama Jabatan Mufti Perlis, Jabatan Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis dan Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail di sini malam tadi.

Turut berangkat Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

“Usaha itu diteruskan anak beliau, Datuk Seri Mohd Najib yang menyedari bahawa hubungan baik dengan dengan negara tersebut dapat membantu ekonomi Malaysia,” tambah Reezal Merican.

Beliau menolak keras tuduhan segelintir rakyat bahawa sikap perdana menteri yang menerima pelaburan besar China bakal menggadai kedaulatan negara kepada negara tersebut.

“Semua pihak harus sedar China dengan penduduk sebanyak 1.6 bilion orang adalah kuasa ekonomi dunia kedua terbesar selepas Amerika Syarikat. Hubungan baik yang terjalin akan membuka jalan kepada lebih banyak eksport negara memasuki pasaran negara itu yang menguntungkan rakyat dan negara Malaysia,” katanya.

Sementara itu seorang lagi anggota panel Dr Maszlee Malik berkata negara Islam perlu mempunyai seorang tokoh yang berkemampuan ‘mendiamkan’ Donald Trump (Presiden Amerika Syarikat) agar tidak memandang serong terhadap umat dan agama Islam.

Beliau yang juga Anggota Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis berkata paling penting bagi negara Islam seluruh dunia untuk merapatkan hubungan kerana dengan perpaduan sahaja dapat membentuk kekuatan mereka bagi menghadapi sebarang kemungkinan. – BERNAMA

Tags: Reezal Merican
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Saya Sahkan KJ Memang Setia Kepada UMNO, Cinta Kasihnya Hanya Pada Parti Ini’ – Reezal Merican

‘Saya Sahkan KJ Memang Setia Kepada UMNO, Cinta Kasihnya Hanya Pada Parti Ini’ – Reezal Merican

30/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengakui bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin,...

[TIDAK RASMI] Reezal Merican Masih Dahului Kerusi Kepala Batas

[TIDAK RASMI] Reezal Merican Masih Dahului Kerusi Kepala Batas

19/11/2022
0

KEPALA BATAS : Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon Barisan Nasional (BN), masih lagi mendahului untuk kerusi Parlimen Kepala Batas. Ikuti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd