• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Bertembung Antara Penyokong Bersih, Baju Merah

oleh Ahmad Albab
13/11/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berharap penyokong Bersih dan kumpulan Baju Merah tidak bertembung semasa perhimpunan Bersih yang dijangka berlangsung pada Sabtu depan.

Beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata jika kedua-dua kumpulan itu bertembung, dikhuatiri akan berlaku keadaan yang boleh menjejaskan keselamatan orang awam di kawasan tersebut.

“Kita harap tiada sebarang kekacauan di jalan raya dan kita nak pastikan keamanan di Kuala Lumpur sentiasa terpelihara.

“Saya harap tiada pertembungan antara kumpulan Bersih dan Baju Merah kerana kedua-duanya dah menyatakan ketegasan untuk berdemonstrasi walaupun tidak dibenarkan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi,” katanya selepas Program Fit Masjid 2016 di sini hari ini.

Khairy juga mahu polis menjalankan tugas mereka mengawal serta menjaga keamanan negara dan berharap demonstrasi yang dirancang Sabtu depan, tidak menjadi kenyataan.

Sementara itu, mengulas isu Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dilihat memakai lencana bertulis ‘Free Anwar’ (Bebaskan Anwar) ketika menghadiri Konvensyen Pakatan Harapan 2016 di Shah Alam, semalam, Khairy berkata ia satu perbuatan yang pelik.

“Pelik betul sebab ini menunjukkan bahawa matlamat menghalalkan semua termasuk bergabung semula dengan musuh tradisi.

“Ini menunjukkan seolah-olah tiada pendirian dalam politik dan sanggup mengenepikan pendirian yang dipegang hampir 20 tahun semata-mata demi kepentingan politik masa pendek,” katanya. – BERNAMA

Tags: Baju MerahBersihdemonstrasiKhairy Jamaluddin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Saya Sahkan KJ Memang Setia Kepada UMNO, Cinta Kasihnya Hanya Pada Parti Ini’ – Reezal Merican

‘Saya Sahkan KJ Memang Setia Kepada UMNO, Cinta Kasihnya Hanya Pada Parti Ini’ – Reezal Merican

30/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengakui bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin,...

UMNO Tak Terima Surat Rayuan KJ

UMNO Tak Terima Surat Rayuan KJ

04/09/2025
0

PUTRAJAYA: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan masih belum menerima sebarang surat rayuan daripada bekas Menteri Kesihatan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd