• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hazama Bakal Nikahi Genervie Kam Disember Depan

oleh AK-47
24/11/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETELAH empat tahun menjalinkan hubungan cinta, penyanyi, Hazama akhirnya bakal mendirikan rumah tangga dengan kekasih hatinya, Genervie Kam, Disember depan.

Pernikahan penyanyi Di Amaran Mama ini bagaimanapun, akan diadakan secara ringkas dan tertutup seperti yang pernah dimaklumkan kepada pihak media sebelum ini.

Menurut Hazama, kekasihnya kini sedang dalam proses memeluk agama Islam dan mereka dijangka mengikuti khusus pra-perkahwinan awal bulan depan.

“Memang saya berhasrat untuk bernikah dulu pada bulan depan.  Diharapkan dengan pernikahan itu akan mengelakkan fitnah dan cakap-cakap orang mengenai hubungan kami.

“Alhamdulillah, dia (Genervie) pun kini dalam proses memeluk agama Islam dan keluarganya juga menerima saya dengan sebaiknya

“Orang ramai memang mengharapkan saya mengadakan majlis perkahwinan besar-besaran seperti dianjurkan beberapa teman lain.  Bukannya saya tidak mahu berbuat begitu, namun ia tetap berbalik kepada keadaan ekonomi dan kewangan.  Jadi, saya rasa lebih elok kami berjimat,” katanya.

Jelasnya, dia akan memaklumkan berita pernikahannya kepada semua peminat di laman sosial selepas semuanya selesai.

“Mungkin saya akan bernikah di masjid atau pejabat agama saja.  Lepas nikah, saya akan maklumkan kepada semua orang di laman sosial.

“Bukan saya tidak mahu menjemput ramai tetamu, cuma saya takut akan menjadi gementar apabila ramai yang datang.  Jadi, saya akan memberikan video apabila majlis nikah selesai.”

Pada masa sama, Hazama akui dia tidak kisah mengenai komen orang lain mengenai pendiriannya itu kerana merasakan apa yang penting adalah pernikahan yang sah.

Bagi yang tidak tahu, Genervie, 36, bakal isteri Hazama merupakan seorang pemuzik yang sering kali menjayakan persembahan beberapa program tv sebelum ini. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Generviehazama
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hazama Redha Belum Sampai Masa Timang Cahaya Mata

22/05/2018
0

SETIAP pasangan suami isteri pasti menginginkan cahaya mata bagi melengkapi institusi kekeluargaan yang dibina dan begitu jugalah yang diharapkan oleh...

Hazama Akui Sering Dianggap Pencukup ‘Kuota’

08/02/2018
0

SETIAP kali bertanding di pentas berprestij Anugerah Juara Lagu (AJL), penyanyi, Hazama tidak pernah dianggap sebagai peserta pilihan. Perkara tersebut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd