• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hasutan: Gerakan Merah Gesa Tun M, Pembangkang Disiasat

oleh AK-47
21/11/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Pembela Nasib Melayu Malaysia (Gerakan Merah) menggesa siasatan dibuat terhadap Tun Dr. Mahathir Mohamad serta beberapa pemimpin pembangkang yang lain kerana dipercayai mengeluarkan ucapan berbaur hasutan pada perhimpunan haram di sini Sabtu lalu.

Presidennya Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju berkata bekas perdana menteri itu bersama bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden Amanah Mohamad Sabu serta Datuk S. Ambiga secara jelas mengeluarkan ucapan menghasut rakyat menjatuhkan kerajaan sedia ada.

“Mereka (Dr. Mahathir serta pemimpin pembangkang) secara terang berucap dalam perhimpunan Bersih 5.0 walaupun Ketua Polis Negara telah nyatakan perhimpunan itu haram.

“Mereka ini perlu ditahan dan disoal siasat mengikut undang-undang sedia ada dan kami harap kertas siasatan terhadap mereka segera dibuka,” katanya kepada Bernama selepas membuat laporan polis di Balai Polis Pudu di sini hari ini.

Selain itu, beliau berkata penganjur Bersih 5.0 juga perlu dikenakan tindakan kerana telah melanggar Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.

“Terdapat warga asing yang terlibat dan ini jelas melangggar APA 2012, warga asing juga memberi ucapan secara terbuka.

“Mereka (warga asing) ini jelas memburukkan imej dan nama baik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta kerajaan yang memerintah,” katanya.

Seramai 20 pemimpin dan aktivis ditahan dalam tempoh dua hari sejak Jumaat hingga Sabtu lepas berhubung perhimpunan haram Bersih 5.0 dan Baju Merah di ibu kota, Sabtu lalu. – BERNAMA

Tags: Ali TinjuBersihGerakan Merah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Serangan Bekas Pemimpin, PRU14 Antara Topik PAU

Next Post

Piala AFF: Kiatisuk, Sundram Ketepikan Persahabatan

Related Posts

Bersih Sudah Seperti Keluarga Sendiri, Kata Fahmi

Bersih Sudah Seperti Keluarga Sendiri, Kata Fahmi

03/08/2024
0

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menjelaskan dia tidak berniat untuk menyebut nama Bersih sebagai antara pihak yang tidak hadir ke sesi...

Bersih Gesa K’jaan Bebaskan Tahanan Protes Air Sabah

Bersih Gesa K’jaan Bebaskan Tahanan Protes Air Sabah

18/06/2024
3

Gabungan NGO untuk pilihan raya bersih dan adil (Bersih) menuntut pihak berkuasa membebaskan sembilan individu tanpa dokumen yang ditahan ketika...

Next Post

Piala AFF: Kiatisuk, Sundram Ketepikan Persahabatan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd