• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gadis Remaja Disasarkan Jadi Keldai Dadah Di Sarawak

oleh Ahmad Albab
11/11/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Pengedar dadah sedang menyasarkan gadis remaja di negeri ini untuk dijadikan keldai dadah.

Ketua Polis Negeri Datuk Mazlan Mansur hari ini berkata setakat ini tujuh kes sebegini dilaporkan tahun ini.

“Walaupun tidak begitu serius, kita tidak boleh mengambil mudah perkembangan ini. Kita perlu tumpaskan sindiket ini hingga ke akar umbi.

“Saya merayu ibu bapa agar memantau aktiviti anak-anak bagi mengelak mereka daripada menjadi mangsa,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu beliau menyaksikan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak ACP Lukas Aket menyerah tugas kepada penggantinya, DSP Sekam Anoi di ibu pejabat polis negeri di sini.

Lukas dinaikkan pangkat dan akan berpindah ke Johor selepas berkhidmat selama dua tahun enam bulan di jabatan berkenaan manakalan Sekam pula akan memangku tugas sebagai ketua JSJN sehingga Khamis depan.

Mazlan berkata modus operandi pengedar adalah dengan berkawan dan mengembangkan hubungan dengan remaja terlibat menerusi media sosial sebelum meminta mereka mengambil barangan daripada perkhidmatan kurier yang sebenarnya mengandungi dadah.

Sementara itu, Lukas berkata polis negeri telah menjalankan tugas dengan cemerlang dalam memerangi dan mengawal ancaman dadah daripada merebak di negeri ini.

“Setakat ini kita telah membuat 5,582 tangkapan atas pelbagai kesalahan melibatkan dadah dan merampas aset seperti rumah dan kereta serta wang tunai bernilai RM2.7 juta.

“Kebanyakan tangkapan dilakukan di Kuching, Sibu, Miri dan Bintulu dan di bandar-bandar kecil. Dua belas tangkapan dibuat melibatkan lebih satu kilogram dadah,” katanya. – BERNAMA

Tags: dadahgadis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

30/03/2026
0

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang merangka cadangan pindaan lanjut terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 berhubung tindakan lain boleh dikenakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd