• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Festival Durian Malaysia Di China Pada Jun 2017

oleh AK-47
05/11/2016
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Buat julung kali, Malaysia akan menganjurkan Festival Durian di Wilayah Guangxi Zhuang, China yang bakal diadakan pada Jun tahun hadapan, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata penganjuran festival raja buah itu, anjuran kementerian dengan kerjasama kerajaan Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, adalah antara perkara yang dibincangkan dalam pertemuannya bersama Naib Gabenor wilayah itu, Zhang Xiaoqin.

“Dalam pertemuan itu, antara persetujuan yang dicapai ialah mengadakan Festival Durian, yang mana kami akan membawa buah durian secara terus dari Malaysia ke China.

“Saya percaya festival ini akan menjadi satu titik permulaan kepada pengeksportan buah durian Malaysia ke China,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Ahmad Shabery, yang diiringi Konsul Besar Malaysia di Guangxi Zhuang, Bong Yik Jui dan pegawai kanan kementerian, mengadakan kunjungan hormat Naib Gabenor itu di Nanning pada Rabu.

Pertemuan itu turut disertai Datuk Bandar Qinzhou, Huang Haikun dan beberapa pemimpin kanan wilayah berkenaan.

Ahmad Shabery berkata pada masa ini, China hanya membenarkan Malaysia untuk mengeksport buah durian dalam bentuk ulas sejuk beku dan pes isi durian sahaja ke China.

Beliau berkata pihaknya sehingga kini masih mengadakan perbincangan dengan pihak berkaitan di China bagi membolehkan Malaysia mengeksport durian dalam bentuk buah ke sana.

“Protokol pengeksportan sarang burung walit mentah belum bersih telah ditandatangani baru-baru ini, dan kini kami meneruskan usaha untuk membolehkan buah durian dan buah-buahan lain di eksport ke sana,” katanya.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu berkata selain buah durian, kementerian merancang untuk membawa pelbagai jenis buah-buahan Malaysia ke festival berkenaan selain membawa produk-produk makanan halal Malaysia.

“China adalah satu pasaran makanan halal yang terbesar di dunia, dan pengusaha produk halal Malaysia perlu menggunakan peluang ini untuk meneroka pasaran yang lebih luas,” katanya. – BERNAMA

Tags: DURIANFestival
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

12/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Selepas lebih seminggu episod menuding jari, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mendakwa...

Ratusan Durian Muda Gugur, Rosak Angkara Kera

05/06/2022
0

LIPIS: Beberapa pekebun kawasan projek tanaman berkelompok kerugian apabila ratusan buah durian muda dan hampir masak musnah angkara kawanan kera...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd