• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fenomena Supermoon Dapat Disaksikan Hari Ini

oleh AK-47
14/11/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

FENOMENA bulan terbesar dan paling terang yang dikenali sebagai Supermoon, akan dapat disaksikan hari ini pada jam 7.24 malam.

Fenomena Supermoon pada kali ini adalah lebih luar biasa dari yang lain disebabkan kedudukan bulan ketika itu adalah di jarak yang paling dekat dengan Bumi sejak tahun 1948.

Orang ramai akan dapat melihat bulan yang 14 peratus lebih besar (perigee) dan 30 peratus lebih cerah berbanding fenomena bulan penuh biasa.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Agensi Angkasa Negara (Angkasa), fasa penuh atau purnama akan berlaku pada jam 9.54 malam.

“Bulan akan berada di kedudukan paling hampir dengan Bumi (perigee) pada jam 07:24 malam dan seterusnya berada pada fasa penuh atau purnama pada jam 09:54 malam.

“Walaupun fenomena ini pernah berlaku pada 6 Mei 2012, 23 Jun 2013, 10 Ogos 2014 dan 28 Sept 2015, namun kejadian kali ini adalah Supermoon terbesar.

bulan2

Orang ramai perlu mengambil kesempatan menyaksikannya kerana ia dijangka berlaku 18 tahun akan datang,” demikian menurut Angkasa.

Jadi, pastikan anda semua sudah bersiap sedia dengan mempunyai ‘port’ yang sesuai untuk melihat Supermoon dan bersedia dengan kamera untuk mengambil foto bulan yang cantik.

Bagi yang tidak berpeluang menyaksikan, Mynewshub akan sertakan video secara langsung pada malam ini. -MYNEWSHUB.CC 

Sumber: Angkasa

Tags: bulan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kapal Angkasa Luna-25 Terhempas Di bulan

Kapal Angkasa Luna-25 Terhempas Di bulan

20/08/2023
0

MOSCOW: Agensi angkasa lepas Russia, Roscosmos mengesahkan kapal angkasa Luna-25 terhempas di bulan selepas berputar tanpa kawalan. (Ada rancangan nak...

NASA Umum Nama Empat Angkasawan Keliling Bulan 3 April

NASA Umum Nama Empat Angkasawan Keliling Bulan 3 April

11/03/2023
0

WASHINGTON: Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) akan mengumumkan nama empat angkasawan iaitu tiga warga Amerika Syarikat (AS) dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd