• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fattah Amin Akui Rapat, Keluar Bersama Neelofa

oleh AK-47
11/11/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELIHAT keserasian pelakon Fattah Amin dan Neelofa dalam drama Suri Hati Mr. Pilot, kami pasti ramai peminat hiburan mendambakan pasangan ini menjalinkan hubungan cinta.

Ini mungkin berita baik kerana Fattah mengakui masih lagi berhubung rapat dengan Neelofa, meskipun penggambaran dan tayangan Suri Hati Mr. Pilot telah tamat.

Tidak sekadar itu, Fattah memberitahu, mereka juga ada keluar bersama-sama.

Fattah Amin Akui Rapat, Keluar Bersama Neelofa

“Saya masih lagi berhubungan dengan Lofa dan kami rapat. Saya akui, kami juga keluar bersama-sama,” katanya kepada BH Online.

Dalam pada itu, Fattah menjelaskan hubungan itu diteruskan berikutan ada permintaan untuk mereka menghadiri majlis bersama-sama untuk drama popular itu.

Selain itu, mereka juga masih lagi perlu memenuhi beberapa undangan dan acara bertemu peminat drama Suri Hati Mr. Pilot termasuk di Brunei.

Ditanya mengenai kemesraan yang terjalin antara dirinya dengan Neelofa, pelakon kacak ini memberitahu, dia hanya menyerahkan soal jodohnya kepada Tuhan.

“Terima kasih kerana menyukai lakonan kami. Saya amat menghargainya. Kalau ditanya mengenai perkara lebih daripada itu, saya sendiri sukar untuk mengatakannya. Soal jodoh saya serahkan kepada Allah,” katanya.

Sebelum ini, pengarah drama tersebut Michael Ang mendedahkan Fattah dan Neelofa sememangnya menjalinkan hubungan cinta di lokasi. Namun, dia tidak mengetahui sekiranya hubungan itu berlanjutan di luar set. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Fattah AminNeelofaSuri Hati Mr. Pilot
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Fattah, Fazura Bercerai Talak Satu

Fattah, Fazura Bercerai Talak Satu

07/10/2024
0

SHAH ALAM: Selepas tujuh tahun, pasangan pelakon terkenal, Fattah Amin dan Nur Fazura sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah...

Fazura Failkan Perceraian Terhadap Fattah Amin

Fazura Failkan Perceraian Terhadap Fattah Amin

13/09/2024
0

Kuala Lumpur: Aktres terkenal, Nur Fazura Sharifuddin memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd