• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

EPL: Gol Giroud Bantu Arsenal Ikat Manchester United

oleh Ahmad Albab
20/11/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MANCHESTER – Pemain gantian, Olivier Giroud, menyempurnakan cubaan pertama Arsenal ke sasaran pada minit ke-89 untuk menyelamatkan kedudukan bagi keputusan seri 1-1 buat skuad kendalian Arsene Wenger di Manchester United, sebentar tadi.

Jaringan Juan Mata pada minit ke-69 tampak sudah cukup untuk memberikan kemenangan amat diperlukan pasukan bimbingan Jose Mourinho, namun Alex Oxlade-Chamberlain menghantar bola buat Giroud menyamakan kedudukan pada saat akhir.

Keputusan itu mengekalkan kelebihan enam mata Arsenal mengatasi pasukan tangga keenam United, namun meninggalkan United lebih jauh berbanding pendahulu liga.

Arsenal kekal tanpa kemenangan dalam liga di Old Trafford untuk tempoh 10 tahun dan Wenger masih belum dapat menewaskan Mourinho dalam liga sepanjang 12 cubaan.

Namun, keputusan seri ini dirasakan seperti kemenangan buat pengendali dari Perancis itu selepas Mourinho mengeluarkan kenyataan provokatif dengan berkata dia menanti hingga 12 tahun untuk gelaran liga sebelum perlawanan.

Jaringan Giroud, hanya keempat musim ini, meneruskan rekod tanpa kalah Arsenal kepada 17 perlawanan dalam semua kejohanan dan memberikan United hanya dua kemenangan dalam sembilan perlawanan liga. – AFP

Tags: ArsenalEPL
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan China ‘Pangkah’ Ozil

16/12/2019
0

BEIJING - Gara-gara menyatakan sokongan terhadap etnik Uighur di Xinjiang, stesen penyiaran kerajaan China, CCTV menarik balik siaran langsung perlawanan...

Ozil Kritik Umat Islam Abaikan Etnik Uighur

14/12/2019
0

BINTANG Arsenal, Mesut Özil mendakwa umat Islam hanya berdiam diri ketika etnik minoriti Uighur di Xinjiang ditindas di bawah kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd