• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DUN Sarawak Bentang Usul Komprehensif

oleh AK-47
03/11/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem hari ini berkata satu usul komprehensif akan dibentang pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak dari 21 hingga 30 November ini.

Usul itu akan meliputi semua aspek berkaitan hak Sarawak dalam Perjanjian Malaysia 1963, Akta Malaysia, Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan Malaysia dan Laporan Suruhanjaya Cobbold.

“Ia merupakan usul komprehensif, termasuk Akta Laut Wilayah dan sudah tentu juga status Sabah dan Sarawak secara berasingan daripada negeri lain di Semenanjung Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyaksikan upacara menandatangani kontrak E6DP-A Substructure and Topsides bagi Sarawak Shell Berhad antara pihak pengurusan Syarikat Shell di Malaysia dan pihak pengurusan Brooke Dockyard and Engineering Works Corporation.

Adenan berkata perlembagaan pada asalnya menyebut bahawa negeri-negeri di Malaysia adalah negeri di Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Singapura, tetapi diubah pada 1976 dengan menyebut bahawa negeri-negeri Malaysia terdiri daripada negeri di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, yang sama statusnya.

“Kami mahu mengubah status ini kepada seperti mana asalnya. Kami mahu status asalnya dikembalikan kepada kami, status yang kami miliki dahulunya pada 1963,” kata beliau.

Menjawab soalan lain, Adenan berkata terserahlah kepada kerajaan negeri Sabah sama ada mereka ingin menyokong langkah kerajaan Sarawak bagi memperjuangkan hak mereka.

“Saya tak boleh berkata apa-apa dan terserahlah sepenuhnya kepada mereka sama ada mereka ingin menyokongnya,” kata beliau.

Ditanya sama ada cadangan pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen bahawa Barisan Nasional (BN) Sarawak perlu menimbang untuk meninggalkan gabungan itu sekiranya kerajaan negeri tidak mendapat apa yang dituntutnya, Adenan berkata itu adalah pendapat Chong semata-mata.

“Pendapat beliau selalunya bercanggah dengan pendapat kami…itu bukan perkara baharu,” katanya.

Sementara itu, Adenan berkata kerajaan negeri Sarawak ingin menambah saluran paip gasnya di Miri supaya meliputi kawasan lebih luas, termasuk kawasan kediaman, komersial dan industri di Bahagian Bintulu.

Terdahulu, dalam ucapannya, Adenan memuji Shell kerana menyumbang kepada pembangunan dan ekonomi Sarawak serta mewujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat negeri ini.

“Kami ingin melibatkan diri secara aktif dalam industri minyak dan gas di negeri kami sendiri. Kami tidak mahu menjadi penonton semata-mata,” katanya sambil menjelaskan bahawa Shell sentiasa berada di hadapan, khususnya dalam mengambil rakyat Sarawak untuk bekerja dengan syarikat itu.

Beliau berharap Shell akan mencari gali lebih banyak minyak dan gas di Sarawak dan menggesa Brooke Dockyard and Engineering Works Corporation, sebuah syarikat milik kerajaan negeri, supaya terus mengekalkan rekod kecemerlangannya berikutan harapan tinggi yang diletakkan di bahu syarikat itu. – BERNAMA

Tags: Dun SarawakTan Sri Adenan Satem
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DUN Sarawak Lulus Pindaan Undang-undang Tanah, Kawal Ruang Udaranya

18/05/2022
0

KUCHING: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini sebulat suara meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Tanah (Pindaan) 2022 yang membolehkan...

DUN Sarawak Sebulat Suara Lulus RUU Tubuh Lembaga Kemajuan Sagu Dan Nipah

16/02/2022
0

KUCHING : Sarawak memperkasa industri sagu dan nipahnya selepas Rang Undang-undang (RUU) Lembaga Kemajuan Sagu dan Nipah (SNDB), 2022 diluluskan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd