• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DUN Ajil Lancar Tabung Kemanusiaan Rohingya

oleh AK-47
29/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

HULU TERENGGANU – Prihatin dengan nasib menimpa etnik Rohingya, pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Ajil hari ini melancarkan Tabung Kemanusiaan Rohingya bagi mengumpul sumbangan bagi membantu mereka.

ADUN Ajil, Ghazali Taib berkata sumbangan itu akan diserahkan kepada badan yang mengendalikan kutipan derma di peringkat Pusat untuk dibawa ke Myanmar bagi membantu etnik Rohingya yang kini berdepan krisis kemanusiaan.

“Etnik Rohingya dinafikan hak mereka sebagai warga Myanmar dan ada ditindas dengan pelbagai seksaan. Kita berharap dengan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan bebanan ditanggung mereka.

“Kita berharap masyarakat di DUN Ajil akan turut sama menyumbang, dan InsyaAllah akan diikuti di seluruh negeri,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Teknologi, Komunikasi dan Tugas-Tugas Khas Negeri berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Tabung Kemanusiaan Rohingya di Pejabat Penyelaras DUN Ajil, di sini hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Penyelaras Pemuda UMNO DUN Ajil, Waaki Wahab berkata bagi memudahkan urusan mengumpul sumbangan, pihaknya akan menggerakkan barisan Pemuda untuk menjelajah ke kampung-kampung.

“Kita menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk mengumpul sumbangan dan kita akan bawa tabung ini ke kampung-kampung untuk memudahkan orang ramai turut sama menyumbang,” katanya.

Sementara itu, Mohd Khan Umar Sadiq, 26, etnik Rohingya yang berhijrah mencari rezeki di Terengganu, berkata beliau bersyukur dan berterima kasih kepada ADUN Ajil dan kerajaan Malaysia yang prihatin dengan nasib menimpa saudara Islam di Myanmar.

“Saya mengetahui perkembangan di sana melalui media sosial dan berita serta berhubung dengan keluarga di sana melalui telefon…keadaan mereka memang teruk, etnik Rohingya dibunuh serta diseksa dan ada dibakar hidup-hidup.

“Di sana nak cari kerja susah, saya datang ke sini Alhamdulillah sedikit sebanyak dapat cari duit untuk meneruskan kehidupan…saudara saya pun ramai sudah meninggal dunia, dan beberapa hari lepas dua kampung di sana dibakar,” katanya yang bekerja sebagai pemotong rumput di sebuah syarikat swasta. – BERNAMA

Tags: Dun AjilGhazali TaibMyanmarRohingya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

22/01/2026
0

Melaka: Ejen sindiket pemalsuan dokumen warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas...

Video Penduduk Tempatan Halau Komuniti Rohingya Viral

Video Penduduk Tempatan Halau Komuniti Rohingya Viral

03/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Tular sebuah video di media sosial memaparkan sekumpulan penduduk tempatan menghalau komuniti Rohingya di Kampung Pandan, dipercayai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd