• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Danniel Buru Gelaran Lembu Tertinggi Dunia

oleh Ahmad Albab
25/11/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LOS ANGELES – Seekor lembu jantan seberat 1,043 kilogram (kg) dan setinggi dua meter yang dinamakan Danniel dipercayai menjadi spesies lembu tertinggi di dunia.

Danniel, lembu baka Holstein diternak di Ladang Lost Coast Hay di Eureka, California ini makan empat kali ganda daripada lembu biasa.

Menurut pemiliknya Ken Farley, setiap hari Danniel makan 45kg rumput kering, 6.8kg bijirin, 100 gelen air dan menghasilkan 68kg najis.

Farley yang menjaga Danniel sejak haiwan itu dilahirkan mula menyedari pembesarannya agak luar biasa selepas melihat tabiatnya mengetuk botolnya dengan kaki ketika disusukan.

Wakil Rekod Dunia Guinness datang ke ladang itu untuk mengukur ketinggian Danniel bagi membolehkannya diiktiraf secara rasmi sebagai lembu paling tinggi di dunia.

“Baka jenis Holstein ini memang diketahui sebagai besar, tetapi Danniel agak tinggi berbanding Holstein biasa.

“Tambahan pula, Danniel makan dan minum dalam kuantiti yang sangat banyak,” katanya.

Lembu jenis itu biasanya setinggi kira-kira 1.4 meter, sementara Danniel setinggi dua meter.

Ladang tempat Danniel ditempatkan kini merancang membina bangsal untuknya menginap ketika musim sejuk supaya orang ramai boleh datang melawatnya secara percuma.

Menurut Farley, Danniel dibesarkan sebagai haiwan peliharaan jadi kelakuannya lebih manja berbanding lembu biasa.

Sebelum ini gelaran lembu paling tinggi di dunia adalah milik Blossom dengan ketinggian 1.9 meter dari Illinois. Bagaimanapun, ia mati pada Mei 2015. – Agensi/myMetro Online

Tags: Lemburekod dunia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sorok Dadah Dalam Rahim Lembu Betina Untuk Lolos Sempadan Malaysia-Thailand

Sorok Dadah Dalam Rahim Lembu Betina Untuk Lolos Sempadan Malaysia-Thailand

21/07/2025
0

RANTAU PANJANG: Sindiket pengedaran dadah yang beroperasi di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand kini menggunakan taktik semakin licik termasuk menyeludup dadah menggunakan...

Lembu Korban Jatuh Perigi

Lembu Korban Jatuh Perigi

08/06/2025
0

KOTA BHARU: Seekor lembu tidak sempat disembelih untuk ibadah korban pagi semalam, selepas mati akibat terjatuh dalam perigi di Kampung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd