• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dakwaan ‘Malaysia Sedang Dijual’ Palsu Semata-mata

oleh AK-47
05/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyelar pihak yang menyebarkan cerita untuk menakut-nakutkan rakyat negara ini kononnya Malaysia sedang dijual melalui pelbagai perjanjian perniagaan bernilai lebih RM140 bilion yang ditandatangani dengan China semasa lawatan seminggu beliau ke negara itu.

Beliau berkata dakwaan demikian adalah tidak benar sama sekali.

“Nampaknya ada sesetengah pihak yang kelihatan tidak menyambut baik pelaburan ke dalam ekonomi Malaysia ini dan nampaknya tidak mahukan hasilnya yang membawa pekerjaan, kemahiran dan penambahbaikan terhadap kehidupan rakyat.

“Ada yang menyebarkan cerita untuk menakut-nakutkan kononnya Malaysia sedang dijual. Ini tidak masuk akal dan adalah palsu sama sekali,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Najib berkata lawatan rasmi beliau ke China, yang merupakan gergasi ekonomi, membuka laluan kepada termeterainya 14 memorandum persefahaman (MoU) dan perjanjian antara perniagaan dengan perniagaan bernilai RM143.64 bilion, di samping 16 MoU dan perjanjian antara kerajaan dengan kerajaan.

Menurut beliau, ia merupakan suatu undi kepercayaan yang besar terhadap ekonomi satu sama lain serta hubungan muhibah dan kepercayaan yang telah dibina antara China dan Malaysia.

Najib menegaskan bahawa projek infrastruktur yang terkandung dalam perjanjian berkenaan akan terus menjadi milik Malaysia dan dikendalikan rakyat
Malaysia sendiri.

“Bagaimanapun, demi manfaat bersama, kita membinanya secara kerjasama dengan rakan kita dari China, sama seperti firma Malaysia mengadakan usaha sama dalam melaksanakan projek termaju di seluruh China,” kata perdana menteri.

Najib berkata perjanjian berkenaan akan menyemarakkan lagi ekonomi Malaysia serta membantu seluruh rakyat negara ini untuk mendapatkan peluang lebih baik serta menikmati kehidupan lebih makmur.

“Ini kerana semua perjanjian ini sebenarnya adalah untuk seluruh rakyat kita. Ia sama seperti beribu-ribu penternak burung layang-layang dan setengah juta pekebun kecil sawit kerana ia diusahakan untuk syarikat terkenal,” kata Najib.

Beliau menegaskan bahawa perjanjian berkenaan akan mengukuhkan lagi hubungan ekonomi Malaysia-China dan memberi manfaat ketara kepada rakyat untuk beberapa dekad akan datang.

Perjanjian yang ditandatangani itu akan memberi manfaat besar dan berkekalan kepada Malaysia, kata beliau, dan mengambil contoh projek Landasan Kereta Api Pantai Timur, yang akan membawa transformasi sepenuhnya kepada pantai timur Semenanjung Malaysia.

Najib berkata semua perjanjian yang ditandatangani itu akan memastikan hasil pembangunan negara dikongsi secara sama rata, dengan kereta api berkenaan bertindak sebagai landasan bagi koridor baharu pertumbuhan bagi Malaysia.

Beliau juga menyentuh tentang Saluran Paip Gas Trans Sabah yang akan memberi jaminan tenaga dan merancakkan lagi pembangunan ekonmomi di negeri itu demi kebaikan rakyatnya.

“Pembaharuan perjanjian kerjasama pertahanan kita, disertai perjanjian pertahanan besar-besaran pertama antara kedua-dua negara, dengan pembinaan empat kapal misi pesisir, akan meningkatkan lagi hubungan keselamatan antara kedua-dua negara.

“Kita perlu berganding bahu untuk menentang ancaman keselamatan dan golongan pelampau di rantau kita,” kata Najib.

Najib berkata, sebagai anakanda kepada pemimpin pertama di rantau ini yang mengiktiraf Republik Rakyat China dan menjalin hubungan diplomatik dengan negara itu, beliau amat gembira kerana hubungan Malaysia-China kini lebih erat daripada sebelumnya.

Najib merujuk kepada ayahandanya, perdana menteri kedua Malaysia Tun Abdul Razak Hussein, yang menjalin hubungan diplomatik dengan China pada 1974.

Perdana menteri berkata beliau bertuah kerana dapat bertemu muka dengan beberapa pemimpin hebat China daripada semua sektor semasa lawatan pembuka tirainya ke negara itu.

“Ada banyak perkara yang boleh kita belajar daripada mereka dan lebih banyak lagi apabila kita bekerjasama dengan mereka. Kita akan buat susulan, contohnya, dengan mengadakan kerjasama dengan beberapa pemimpin industri digital terbesar dari China untuk memajukan lagi ekonomi digital Malaysia,” katanya.

Beliau berkata hubungan China-Malaysia sungguh istimewa kerana ia berasaskan budaya yang dikongsi bersama serta sikap saling hormat-menghormati terhadap perbezaan masing-masing.

“Secara peribadi, saya berasa amat berbangga apabila hubungan antara kedua-dua negara dan rakyat kita meningkat dengan begitu ketara sejak saya menjadi perdana menteri pada 2009,” katanya.

Najib juga menyuarakan keyakinan beliau bahawa hubungan antara kedua-dua negara akan menjadi semakin erat apabila Malaysia dan China sama-sama memainkan peranan mereka dalam memacu kemajuan dan pembangunan dalam melayari Abad Asia. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razakpalsu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Istana Pahang Kesan Akaun Facebook Palsu, Jana Video AI Menyerupai Al-Sultan Abdullah

Istana Pahang Kesan Akaun Facebook Palsu, Jana Video AI Menyerupai Al-Sultan Abdullah

23/02/2026
0

Kuantan: Istana Pahang menafikan dakwaan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menawarkan bantuan wang kerajaan kepada orang ramai...

Pemalsuan Anugerah, Gelaran Istiadat: Polis Tahan Lelaki Tempatan

Pemalsuan Anugerah, Gelaran Istiadat: Polis Tahan Lelaki Tempatan

13/11/2025
0

Ipoh: Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun yang disyaki terlibat dalam kegiatan pemalsuan anugerah kehormatan dan gelaran istiadat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd