• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cubaan ‘Kencing Rakyat’ Dakwa 120,000 Sertai Bersih 5

oleh Ahmad Albab
21/11/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Media propembangkang cuma berani memberi anggaran maksimum peserta Bersih 5 semalam sekitar 30,000 orang kerana khuatir dikecam menipu, manakala pemerhatian polis yang berada di setiap pelusuk ibu negara menganggarkan separuh daripada jumlah itu.

Meskipun demikian, penganjur Bersih 5 masih sanggup berbohong kononnya seramai 120,000 orang menyertai demonstrasi anti kerajaan tersebut dalam satu kenyataan rasminya berhubung perhimpunan itu hari ini.

“Kejayaan Bersih 5 di Kuala Lumpur dengan anggaran 120,000 peserta adalah seruan yang kuat dan jelas oleh rakyat,” dakwa kenyataan itu dalam kesungguhannya menyakinkan masyarakat kononnya ramai rakyat mahu menumbangkan kerajaan Malaysia.

Penganjur Bersih 5 dalam pada itu mendakwa perhimpunan berkenaan semalam membuktikan rakyat Malaysia mahu tragedi 13 Mei dikuburkan dalam lipatan sejarah negara ini kerana mereka mahukan Malaysia yang baharu.

Kenyatan itu cuba membayangkan kononnya rakyat Malaysia kini mahu Malaysia sebuah negara yang liberal bebas daripada unsur kaum dan agama tertentu.

Penganjur Bersih 5 tanpa tahu berterima kasih mengutuk pihak polis kerana mendakwa tidak melakukan tugas dengan baik untuk menjayakan perhimpunan berkenaan.

Umum bagaimanapun mengetahui pihak polis cukup berkompromi dengan kerenah Bersih 5 yang masih meneruskan perhimpunan itu walapun tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Malah, peserta perhimpunan itu yang majoritinya terdiri daripada kaum Cina masih mampu mengadakan demonstrasi tanpa sebarang keganasan hasil kawalan rapi pihak polis demi keselamatan mereka. – MYNEWSHUB.CC 

Tags: BERSIH 5
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Mahu Anjur Perhimpunan Lebih Besar Daripada BERSIH 5

28/11/2016
0

KUALA LUMPUR - Satu perhimpunan jauh lebih besar berbanding BERSIH 5 akan diadakan oleh PAS awal tahun depan tetapi bagi...

Pekerja Asing Dipukul Majikan Kerana Bermain Ketika Kerja

28/11/2016
9

KUALA LUMPUR - Video seorang lelaki dipercayai warga asing dipukul bertubi-tubi dengan kayu viral di media sosial sejak malam tadi....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd