• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cadangan Gantung Sekolah Pembuli Dapat Respons Positif

oleh Ahmad Albab
13/11/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Cadangan Kementerian Pendidikan yang mahu menggantung persekolahan pesalah kes buli di sekolah setakat ini mendapat respons positif daripada pelbagai pihak terutamanya ibu bapa dan guru.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid bagaimanapun berkata, pihaknya masih lagi mendapatkan respons daripada pihak berkepentingan mengenai isu itu selain turut mengarahkan pengurusan tertinggi kementerian untuk melihat kaedah menggantung persekolahan pelajar yang terlibat dalam kes buli.

“Peraturan displin sekolah telah lama wujud. Kita buat ubah suai serta tambah nilai dan terbaru sekali saya minta pihak pengurusan tertinggi kementerian melihat kaedah menggantung pelajar terlibat buli ini.

“Sememangnya kita boleh gantung pelajar pada tahun yang sama apabila kes itu berlaku, contohnya kalau dia pelajar Tingkatan 5 dan kes buli berlaku pada Mei dan didapati bersalah, pelajar itu boleh digantung pada tahun sama dan dia tidak boleh mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Penyampaian Anugerah Sambutan Hari Koperasi Sekolah dan Konvensyen Pembudayaan Keusahawanan Koperasi Sekolah Terbaik Peringkat Kebangsaan di sini, Sabtu.

Sebelum ini, Kementerian Pendidikan mencadangkan agar pelajar yang membuli pelajar lain digantung persekolahan selama setahun dan tindakan tegas itu perlu dikenakan sebagai pengajaran terhadap pelajar. – BERNAMA

Tags: kes buliMahdzir Khalid
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Doktor Keluarkan Ketumbuhan Sebesar Bola Sepak

Next Post

Ibu ‘Usir’ Anak Kerana Undi Donald Trump

Related Posts

Kes Buli: Lima Daripada Tujuh Pelajar MRSM Dirakam Keterangan

Kes Buli: Lima Daripada Tujuh Pelajar MRSM Dirakam Keterangan

08/04/2025
0

NIBONG TEBAL- Polis telah merakam keterangan lima daripada tujuh pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini yang dipercayai terlibat...

Tindakan Tegas Terhadap Pentadbir Sekolah Sembunyi Kes Buli – Fadhlina

Tindakan Tegas Terhadap Pentadbir Sekolah Sembunyi Kes Buli – Fadhlina

14/11/2024
0

Kota Kinabalu : Kepimpinan tertinggi pentadbir sekolah diminta tidak menyembunyikan sebarang kes berkaitan buli yang berlaku dalam kalangan murid atau...

Next Post

Ibu 'Usir' Anak Kerana Undi Donald Trump

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd