• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Boleh Rayu Semakan Semula Kertas Peperiksaan UPSR

oleh Ahmad Albab
18/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Ibu bapa calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (USPR) anak mereka boleh membuat rayuan untuk semakan semula kertas peperiksaan, kata Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).

Pengarah LPM Datin Nawal Salleh berkata rayuan semakan dibuka sejak semalam dan boleh dibuat dalam tempoh sebulan dan menurutnya setakat ini LPM telah menerima 20 permohonan dan jumlah itu dijangka meningkat.

“Permohonan boleh dibuat melalui sekolah dan borang rayuan boleh dimuat turun melalui laman sesawang Lembaga Peperiksaan (lp.moe.gov.my) dan dipos semula kepada pihak kami.

“Bayaran sebanyak RM50 akan dikenakan bagi setiap mata pelajaran yang ingin disemak,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Sidang media itu diadakan bagi memberi penjelasan mengenai keputusan UPSR 2016 yang diumumkan semalam selepas terdapat ibu bapa calon peperiksaan itu menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap format baharu peperiksaan itu.

Calon tahun ini merupakan kohort pertama yang menduduki peperiksaan itu di bawah format baharu UPSR sejajar pelaksa­naan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang turut menekankan unsur-unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Mengulas mengenai bayaran RM50 itu, Nawal berkata ini kerana semakan semula melibatkan beberapa proses rumit antaranya mencari transkrip peperiksaan calon dan melantik semula pemeriksa.

Beliau berkata apa yang ibu bapa perlu tahu bahawa dalam format baharu UPSR, soalan yang diajukan adalah bagi melihat sama ada murid-murid boleh mempamerkan kemahiran berfikir atau tidak.

Katanya KBAT merupakan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) untuk melahirkan modal insan yang berkualiti untuk dijadikan pemimpin masa hadapan serta mempunyai kemahiran berfikir.

“Oleh itu, Lembaga Peperiksaan membuat keputusan untuk memasukkan elemen kemahiran berfikir di dalam soalan-soalan peperiksaan (sejak 2011), yang bukan hanya tertumpu kepada UPSR, tetapi juga dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

“Soalan-soalan yang disediakan itu berpaksikan dalam melahirkan modal insan berkualiti berteraskan kepada empat aspek iaitu jasmani, emosi, rohani dan
intelek,” katanya dan menjelaskan format peperiksaan UPSR telah tidak berubah hampir 10 tahun.

Nawal berkata UPSR telah menjadi polemik kerana masyarakat hanya mahu melihat beberapa banyak A diperolehi anak mereka dan menurutnya peperiksaan bukan sekadar untuk menilai A yang diperolehi pelajar tetapi kecemerlangan daripada semua aspek.

Ditanya mengenai kebimbangan ibu bapa sekiranya anak mereka tidak dapat masuk ke sekolah berasrama penuh berikutan tidak memperoleh keputusan semua A, beliau berkata kriteria pemilihan memasuki sekolah itu akan disesuaikan dengan keputusan.

Dalam pada itu, Nawal turut menasihati guru agar menggunakan data seseorang murid untuk memberi tumpuan bagaimana untuk meningkatkan tahap kemahiran murid. – BERNAMA

Tags: UPSR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KPM Kaji Keperluan Kembalikan UPSR, PT3

KPM Kaji Keperluan Kembalikan UPSR, PT3

09/01/2026
0

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengkaji semula keperluan untuk mengembalikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) serta Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)....

Peperiksaan Mirip UPSR: Hasrat Sarawak Selari KPM Perkukuh Sistem Pendidikan

Peperiksaan Mirip UPSR: Hasrat Sarawak Selari KPM Perkukuh Sistem Pendidikan

02/11/2023
0

KUALA LUMPUR : Kementerian Pendidikan (KPM) terbuka dengan hasrat Sarawak untuk mewujudkan sistem penilaian sendiri bagi menggantikan Ujian Pencapaian Sekolah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd