• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bersih 5.0 Boleh Undang Malapetaka, Rakyat Mesti Tolak

oleh Ahmad Albab
18/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Majlis Profesor Negara (MPN) menyifatkan penganjuran perhimpunan Bersih 5.0 di ibu negara esok boleh mengundang malapetaka kepada negara dan rakyat mesti menolaknya.

Pengerusinya Prof Tan Sri Dr Zakri Hamid berkata sebaliknya rakyat perlu menyalurkan usaha dan kebijaksanaan masing-masing dalam membantu memulihkan ekonomi negara ekoran keadaan ekonomi dunia yang mencabar sekarang.

“Perhimpunan (Bersih 5.0) ini tidak menguntungkan rakyat dan negara,” katanya dalam sidang media bersempena Mesyuarat Penyelarasan MPN yang dihadiri kira-kira 70 anggota majlis itu di sini, hari ini.

Katanya pendirian MPN itu dibuat atas kesedaran bahawa negara sudah ada sistem pilihan raya dan pemerintahan yang membolehkan rakyat menyuarakan pendapat mereka tanpa perlu menyertai demonstrasi jalanan.

“Demonstrasi jalanan ini banyak buruk daripada baiknya. Walaupun sudah ada Bersih 1, 2, 3, 4 dan sekarang Bersih 5, kita tidak nampak perkara (demonstrasi jalanan) itu mampu mengubah apa-apa pun di negara ini,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif MPN Prof Datuk Dr Raduan Che Ros berkata MPN juga mengambil pendirian yang sama terhadap kumpulan lain yang cuba mengadakan perhimpunan untuk menentang Bersih 5.0.

“Kumpulan yang menggunakan warna apa sekalipun, kuning, merah, yang lain-lain pun tidak harus menggadaikan keamanan dan kemakmuran negara dengan cara yang sedemikian (demonstrasi jalanan),” katanya.

Menurutnya MPN tidak condong ke arah mana-mana fahaman politik berhubung pendirian itu kerana ia hanya mengutamakan kepentingan dan keamanan negara.

“MPN tidak berminat melihat perkara ini dari sudut politik. Kita melihat perkara-perkara (demonstrasi jalanan) sebegini akan memberi kesan (buruk) kepada negara,” katanya. – BERNAMA

Tags: BERSIH 5
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Mahu Anjur Perhimpunan Lebih Besar Daripada BERSIH 5

28/11/2016
0

KUALA LUMPUR - Satu perhimpunan jauh lebih besar berbanding BERSIH 5 akan diadakan oleh PAS awal tahun depan tetapi bagi...

Pekerja Asing Dipukul Majikan Kerana Bermain Ketika Kerja

28/11/2016
9

KUALA LUMPUR - Video seorang lelaki dipercayai warga asing dipukul bertubi-tubi dengan kayu viral di media sosial sejak malam tadi....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd