• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bersih 5: Ambiga Tiba, Penyokong Semakin Bertambah

oleh Ahmad Albab
20/11/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kehadiran bekas Pengerusi Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) Datuk Ambiga Sreenevasan yang tiba di stesen LRT Bangsar untuk menyertai perhimpunan Bersih 5 disambut meriah penyokong Baju Kuning.

“Hari ini hari yang bagus dan sokongan semua memberikan kita harapan,” katanya.

Jumlah kehadiran penyokong Bersih di stesen LRT Bangsar semakin bertambah setakat pukul 9.15 pagi Sabtu.

Penyokong melaungkan slogan “Bersih, Bersih, Bersih” ketika mereka menunggu perarakan ke Dataran Merdeka.

Terdahulu, sekumpulan individu memakai baju berwarna ungu atau skuad keselamatan Bersih tiba di stesen tersebut.

Isaiah Jacob, 50, yang kudung sebelah kaki berkata dia bersedia untuk berarak dari LRT Bangsar menuju ke Dataran Merdeka.

“Walaupun saya orang kelainan upaya, saya menganggap diri seperti insan biasa yang lain dan sebagai rakyat Malaysia. Saya ada tanggungjawab untuk berjalan kaki bagi menuntut pentadbiran kerajaan yang baharu dan negara Malaysia yang lebih baik.

“Saya menyertai perhimpunan Bersih sejak ia pertama kali diadakan pada 2007,” kata Jacob. – mStar Online

Tags: AmbigaBERSIH 5
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Haramkan Kahwin Budak, Ambiga Beritahu Kerajaan

29/09/2018
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu lebih berani dalam membuat keputusan yang tegas mengenai isu perkahwinan kanak-kanak, kata peguam dan aktivis...

Kritik Mahathir, Rafizi Ramli Teruk Dikecam

13/05/2018
0

BEKAS Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan mengkritik PKR susulan kenyataan naib presidennya berhubung isu perlantikan tiga kementerian utama tanpa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd