• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Menteri Terselamat Nahas MPV Dinaiki Terbalik

oleh
05/11/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Ahli Parlimen Tampin, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor terselamat meskipun kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaikinya terbalik akibat dilanggar sebuah kereta lain.

Insiden nahas itu berlaku di Kilometer 2, Jalan Seremban-Tampin, dekat Kendong, pukul 7.50 malam pada Jumaat. Bagaimanapun, pemandu peribadi kepada anggota Parlimen itu hanya mengalami kecederaan ringan.

Ketika kejadian tersebut, Shaziman dan empat lagi individu yang berada di dalam MPV model Toyota Alphard itu dalam perjalanan dari Tampin menuju ke Plaza Tol Simpang Ampat, di Alor Gajah untuk ke Melaka.

shaziman
Shaziman Abu Mansor

Kemalangan dipercayai berpunca sebuah kereta dari arah bertentangan iaitu kereta jenis Proton Persona yang dipandu oleh seorang lelaki cuba memotong sebuah kenderaan lain, tetapi gagal dan berlaku perlanggaran.

Tiga rakan Shaziman dan pemandu kereta Proton Persona berkenaan namun tidak mengalami kecederaan. Shaziman, 52, pernah dilantik sebagai Menteri Kerja Raya serta Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi.

Beliau merupakan sepupu sebelah bapanya kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang juga Ahli Parlimen Rembau dan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Shaziman Abu MansorTampin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

SOJC: Peluang Malaysia Pertahan Tempat Ke-3 Musnah

Next Post

Gempa Bumi Sederhana Landa Sumatera Utara

Related Posts

[TIDAK RASMI] Calon BN Mendahului Parlimen Tampin

[TIDAK RASMI] Calon BN Mendahului Parlimen Tampin

19/11/2022
0

TAMPIN : Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd. Isam Mohd. Isa kini mendahului tiga calon lain di Parlimen Tampin. Ikuti...

Penduduk Gemas Alami 7 Kali Banjir Sejak 16 Tahun Lalu

02/01/2022
0

TAMPIN: "Banjir kali ini adalah yang ketujuh sejak menetap di Taman Sungai Gemas, 16 tahun lalu dan terburuk pernah dialami,"...

Next Post

Gempa Bumi Sederhana Landa Sumatera Utara

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd