• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bayi Perempuan Maut Dipercayai Akibat Didera Pengasuh

oleh Ahmad Albab
04/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI – Seorang bayi perempuan berusia empat bulan maut dipercayai akibat didera oleh pengasuh dalam kejadian di Kampung Jerai, Kuala Sin Bukit Selambau, Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Md Zukir Md Isa berkata pihaknya menerima laporan daripada doktor yang merawat bayi itu kira-kira 4.30 petang 27 Okt lepas, memaklumkan menerima pesakit mengalami sawan dan tidak sedarkan diri serta berada dalam keadaan kritikal.

“Hasil pemeriksaan, mangsa disyaki didera berdasarkan kesan kecederaan seperti pendarahan dalam otak, keretakan pada tempurung kepala dan kesan darah mengalir ke bahagian mata,” katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Mangsa meninggal dunia pada 10.20 pagi Isnin lepas (31 Okt), di Unit Rawatan Rapi, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Susulan itu, polis menahan seorang suspek wanita berusia 40 tahun yang juga pengasuh kepada mangsa sejak Ogos lepas, sehari selepas kejadian.

Beliau berkata mangsa merupakan anak bongsu daripada dua beradik (kembar), manakala ibu bapa mangsa bekerja di sebuah kilang berhampiran.

“Suspek mengaku ada menghayunkan buaian pada 7.30 pagi dan kepala bayi terkena lantai. Pada masa itu mangsa masih sedar tapi dalam keadaan tidak bermaya.

“Suspek kemudian menghantar bayi itu ke rumah neneknya kerana tidak tahu nak buat apa, tanpa memberitahu apa-apa,” katanya, bahawa nenek suspek kemudian membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Bukit Selambau.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Tags: Dera
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Budak Sembilan Tahun Maut Disyaki Didera Bapa Tiri

Budak Sembilan Tahun Maut Disyaki Didera Bapa Tiri

23/06/2025
0

MELAKA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun maut dipercayai didera oleh bapa tiri di sebuah rumah di Kota Laksamana,...

Guru Wanita Disyaki Dera Kanak-Kanak Perempuan Direman Enam Hari

Guru Wanita Disyaki Dera Kanak-Kanak Perempuan Direman Enam Hari

31/05/2025
0

Gombak: Guru wanita yang disyaki mendera seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun direman enam hari bermula hari ini. Ketua Polis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd