• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bayangan Awal Skuad Harimau Malaysia Ke Piala AFF 14 Nov Ini

oleh Ahmad Albab
03/11/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – Gambaran awal kesebelasan utama skuad Harimau Malaysia ke Piala AFF di Yangon, Myanmar, bakal ditampilkan dalam perlawanan antarabangsa ‘A’ bertemu Papua New Guinea, pada 14 Nov nanti.

Pengendali skuad negara, Datuk Ong Kim Swee berkata kesebelasan yang diturunkan menentang pasukan ranking ke-159 dunia itu di Stadium Shah Alam nanti, berkemungkinan juga akan diturunkan bagi menghadapi Kemboja dalam saingan Kumpulan B Piala AFF pada 20 Nov.

“Kita tahu Kemboja menang tiga perlawanan pusingan kelayakan yang pastinya memberi mereka kelebihan dari segi pendedahan serta keyakinan yang tinggi.

“Jadi, kita harus berada pada tahap yang baik sebelum bermain menentang Kemboja dalam perlawanan pertama kerana ia penting untuk kita dapatkan kemenangan,” katanya kepada pemberita ketika sesi latihan di Kem Bina Semangat di sini hari ini.

Kem tiga hari yang akan berakhir esok membabitkan 26 pemain skuad Harimau Malaysia.

Di Yangon, Harimau Malaysia akan membuka tirai saingan Kumpulan B berdepan Kemboja pada 20 Nov sebelum menentang Vietnam (23 Nov) dan tuan rumah (26 NOv).

Mengenai kem bina semangat itu, Kim Swee berkata ia berjalan dengan baik dengan kesemua pemain mengambil bahagian dengan serius.

“Ia mencapai tujuan kita… saya harap kita akan bina dari sini dengan lebih baik apabila kembali ke Kuala Lumpur nanti.

“Semua aktiviti melibatkan kerjasama berpasukan dan mereka saling membantu antara satu sama lain dan ini penting sebelum kita bermain,” katanya.

Sementara itu, penyerang Selangor, Ahmad Hazwan Bakri sedia berganding dengan mana-mana pemain sama ada Safee Sali atau Amri Yahyah jika itu pilihan jurulatih pada kejohanan Piala AFF kali ini.

“Saya tiada masalah berganding dengan mana-mana penyerang seperti Safee atau Amri yang lebih berpengalaman kerana saya juga perlukan tunjuk ajar serta berkongsi pengalaman mereka.

“Menerusi latihan bersama ini, saya dapat rasakan banyak perubahan dalam persembahan saya dan yakin dapat memberikan aksi yang baik,” katanya.

Beliau yang kali kedua mewakili negara di peringkat antarabangsa mengakui tugas sebagai penyerang bukanlah mudah dan perlu bekerja keras bagi mempamerkan aksi cemerlang.

“Apapun, ia menjadi tanggungjawab pasukan ini untuk memburu kemenangan di Piala AFF agar kejuaraan menjadi milik Malaysia. Pada saya sebagai satu pasukan, semua pemain mempunyai tanggungjawab memikul tugas sehingga ke akhir kejohanan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Harimau Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video: ‘Menang Tetap Menang!’ – TMJ

02/04/2018
0

TUNKU Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim gembira bukan kepalang dengan kejayaan skuad Harimau Malaysia menewaskan Bhutan 7-0 pada...

Piala Asia 2019: Malaysia Seri Bertemu Hong Kong

06/09/2017
0

SKUAD Harimau Malaya meraih satu mata pada perlawanan Kelayakan Piala Asia 2019 selepas aksi seri 1-1 ke atas Hong Kong...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd