• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bangkai Tikus Dalam Baju Jenama Zara

oleh AK-47
17/11/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JIJIK… Seorang wanita di Amerika Syarikat terkejut apabila menemui bangkai tikus dalam baju yang baharu dibelinya di butik terkenal, Zara di Greenwich, Connecticut.

CNN melaporkan, Cailey Fiesel, 24, yang tinggal di Manhattan, New York mendapatkan baju jenama tersebut pada Julai lalu dan meletakkan di dalam almari selama beberapa minggu sebelum memakainya.

Menurutnya, pada 16 Ogos lalu, dia memakai baju tersebut ke pejabat dan terhidu bau busuk tetapi tidak menyangka ia datang daripada pakaian yang baru dibelinya.

“Ketika memeriksa baju itu, dia menyedari ada benang yang tertanggal di sepanjang jahitan tepi baju sebelum menyedari ia sebenarnya kaki tikus terjulur keluar dengan baki bangkai itu terperangkap di dalam jahitan ,” menurut dokumen mahkamah.

Fiesel yang diwakili syarikat guaman Morelli berkata, dia mengalami tekanan emosi akibat kejadian itu dan mengalami penyakit ruam akibat pembawaan tikus.

Susulan itu, Fiesel menuntut jumlah wang yang adil dan mahu syarikat fesyen ternama itu membayar pampasan sebagai ganti rugi.

“Zara di Amerika Syarikat menyedari dakwaan tersebut dan siasatan sedang dijalankan,” kata syarikat butik itu.

Jelasnya, butik tersebut mempunyai kawalan kawalan kualiti ketat serta standard keselamatan di seluruh dunia dalam penghasilan produk mereka. – MYNEWSHUB.CC

Tags: BAJUZara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Paksa Teman Lelaki Pakai Baju Terpampang Wajahnya

10/02/2019
0

SEORANG wanita yang amat bimbang jika ada wanita lain cuba mengganggu teman lelakinya mendapat idea untuk menghalang perkara itu daripada...

Jijik! Pulang Balik Baju Dibeli Selepas Sekali Pakai

06/02/2019
0

SEORANG wanita warga Australia dikecam selepas membuat pengakuan mengenai dirinya membeli pakaian dan memulangkannya semula selepas memakainya hanya sekali. Ibu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd