• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Puteri UMNO Harap Hadiah Nobel Suu Kyi Ditarik Balik

oleh AK-47
22/11/2016
dalam Gaya Hidup, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pergerakan Puteri UMNO berharap agar hadiah Nobel Pendamaian yang pernah diberikan kepada tokoh Myanmar Aung San Suu Kyi ditarik balik.

Ketuanya, Datuk Mas Mas Ermieyati Samsudin berkata, Suu Kyi langsung tidak memainkan peranan membantu menyelesaikan konflik etnik Rohingya beragama Islam di negara itu.

Malah, kata beliau, baru-baru ini berlaku pembunuhan beramai-ramai etnik Rohingnya di Maungdaw dan kawasan sekitar Rakhine.

“Pergerakan Puteri UMNO Malaysia sangat kesal dengan tindakan Tentera Myammar yang menindas dan membunuh etnik Rohingya di Rakhine yang bermula sejak 9 Oktober lalu.

“Penggunaan salah kuasa terhadap etnik Rohingya khusunya kaum wanita dan kanak-kanak tidak boleh diterima dengan apa jua alasan sekali pun.

“Jelas penindasan ini sama sekali telah melanggar hak asasi manusia dan lebih memalukan bila pemenang hadiah Nobel Perdamaian Suu Kyi mengambil pendekatan berdiam diri,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Media pada 16 November lalu melaporkan sekumpulan 30 wanita dan kanak-kanak Rohingya dikurung dan dibakar hidup-hidup akibat kekejaman baharu tentera Myanmar.

Perbuatan tidak berperikemanusiaan itu berlaku di utara Maungdaw, memperlihatkan etnik Rohingya Islam dilayan tidak ubah seperti haiwan.

Blog RB News yang memetik kenyataan penduduk tempatan melaporkan, mangsa yang dikurung cuba melarikan diri namun gagal berbuat demikian.

Sementara itu, Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kejam terhadap etnik minoriti Rohingya

Aswaja turut menyatakan kekesalan pemenang anugerah Nobel keamanan yang juga ikon Myanmar, Suu Kyi merelakan etnik Rohingya dibunuh dengan kejam.

Suu Kyi antara tokoh hak asasi dan keadilan yang sering dipuji, dijulang dan diperkatakan oleh pemimpin pembangkang di Malaysia sebelum ini. – MYNEWSHUB.CC

Tags: hadiah nobelPuteri UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

[PAU 2021] Puteri UMNO Mahu PRU-15 Segera

17/03/2022
0

KUALA LUMPUR : Pergerakan Puteri UMNO menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menyegerakan Pilihan Raya Umum Ke-15...

Puteri UMNO Tidak Mahu Pintu Belakang

05/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Puteri UMNO mengingatkan ahlinya agar tidak termakan umpan untuk mengejar kedudukan kerana tiada pintu belakang untuk berkuasa....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd