• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota Parlimen Diingatkan Jangan Salah Guna Kekebalan

oleh Ahmad Albab
01/11/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Setiap Anggota Parlimen perlu bertanggungjawab atas segala kenyataan yang dikeluarkan dan tidak sesekali menyalahgunakan kekebalan ketika dalam sidang Dewan Rakyat atau Dewan Negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata kekebalan Anggota Parlimen tertakluk kepada Perkara 63 Perlembagaan Persekutuan, berhubung keistimewaan Parlimen.

“Di bawah peruntukan tersebut secara jelas menyatakan perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh dipersoalkan semasa dalam sidang Dewan Negara atau Dewan Rakyat.

“Justeru, Ahli Parlimen tidak boleh bercakap atau bertindak sesuka hati sehingga mencemar nama baik dan prestij Dewan yang mulia ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berdasarkan Perkara 63(4), yang menyatakan keistimewaan daripada dikenakan tindakan mahkamah atas apa yang diucapkan semasa prosiding Dewan Negara atau Dewan Rakyat, adalah tertakluk kepada empat perkara.

Empat perkara itu ialah berhubung Perkara 153 iaitu hak istimewa orang Melayu; Perkara 152 mengenai bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan; Perkara 181 tentang Raja-Raja Melayu dan perkara yang tergolong kepada definisi hasutan menurut Akta Hasutan 1948.

Azalina berkata setiap anggota Parlimen seharusnya menggunakan institusi itu untuk membahaskan perkara-perkara memberi manfaat kepada rakyat termasuk isu-isu di kawasan mereka.

Apa yang lebih mengecewakan, kata Azalina ialah apabila ada Anggota Parlimen sengaja memperlekehkan dan tidak menghormati kedudukan Yang Dipertua Dewan Rakyat, sekali gus boleh disifatkan menghina Majlis.

Azalina, yang juga Anggota Parlimen Pengerang, turut mengingatkan Anggota Parlimen yang pernah berada dalam Kabinet bahawa mereka masih perlu berpegang kepada konsep integriti yang mereka buat sewaktu menandatangani Aku Janji di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

Katanya pembangkang tidak perlu melatah apabila polis mahu menyiasat mana-mana Anggota Parlimen di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 atau mana-mana akta lain.

“Tindakan pihak berkuasa itu dibuat berdasarkan laporan polis yang diterima.

“Sama ada pihak yang dipanggil itu telah melakukan kesalahan atau tidak tertakluk kepada penyiasatan pihak berkuasa. Adalah pramatang untuk mana-mana pihak untuk membuat kesimpulan terhadap perkara tersebut,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ahli ParlimenAzalina Othman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Gaji Ahli Parlimen Dan ADUN, Rasai Apa Rakyat Rasa – Akmal

Potong Gaji Ahli Parlimen Dan ADUN, Rasai Apa Rakyat Rasa – Akmal

28/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan dicadangkan memotong gaji semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketua Pemuda UMNO, Datuk...

Babi Hutan Berkeliaran Di Putrajaya Sedang Diburu

Babi Hutan Berkeliaran Di Putrajaya Sedang Diburu

27/03/2026
0

PUTRAJAYA – Aduan berkaitan kehadiran babi hutan di sekitar Jalan P9A, Presint 9 kini sedang diambil tindakan oleh pihak berkuasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd