• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Alibaba Contoh Terbaik Peranan Dalam Dunia Digital

oleh Ahmad Albab
19/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah hari ini bertitah kehebatan syarikat e-dagang Alibaba dari China dan Amazon dari Amerika Syarikat merupakan contoh terbaik peranan internet terhadap dunia ekonomi digital.

Baginda bertitah semasa mula diperkenalkan, internet hanya dimanfaatkan sebagai kaedah untuk mencari maklumat dan surat-menyurat (e-mel) , tetapi ia kini telah menjadi medium bagi pelbagai transaksi ekonomi.

Titah baginda hampir semua keperluan harian kini dapat dipenuhi melalui telefon bimbit pintar, sementara perniagaan serta pemasaran barang dan perkhidmatan pula dilakukan melalui laman-laman e-Dagang.

“Iklan secara digital berkembang rancak serta semakin mengancam promosi berbentuk cetakan dan berciri fizikal. Internet semakin menjadi pasar raksasa pemangkin ekonomi sejagat,” titah baginda pada Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ke-9 di sini hari ini.

Pada hari ini, 492 graduan menerima diploma masing-masing daripada Sultan Nazrin yang merupakan Canselor USAS.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa lawatan kerja ke China awal bulan ini mengumumkan pelantikan pengasas Alibaba, Jack Ma sebagai penasihat ekonomi digital kepada kerajaan Malaysia bagi menerajui pembangunan e-Dagang negara.

Najib berkata antara projek yang akan dilaksanakan bersama Jack Ma ialah Zon Perdagangan Bebas Digital seperti diumumkan dalam Bajet 2017 yang akan dilancar bersama Jack Ma pada Mac tahun depan. – BERNAMA

Tags: AlibabainternetSultan Nazrin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 60 Peratus Kanak-kanak Miliki Peranti, Layari Internet Hingga 4 Jam Sehari

Lebih 60 Peratus Kanak-kanak Miliki Peranti, Layari Internet Hingga 4 Jam Sehari

02/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Sebanyak 55.7 peratus kanak-kanak di negara ini menggunakan internet selama satu hingga empat jam sehari tahun lalu. Pengerusi...

Kerajaan Perak Ambil Tanggungjawab Penuh Insiden Wanita Cuba Dekati Sultan Nazrin – MB

Kerajaan Perak Ambil Tanggungjawab Penuh Insiden Wanita Cuba Dekati Sultan Nazrin – MB

03/09/2025
0

IPOH: Kerajaan Negeri Perak mengambil tanggungjawab sepenuhnya insiden seorang wanita cuba mendekati Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah sewaktu sambutan Hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd