• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

43 Warga China Ditahan Dipercayai Terlibat ‘Macau Scam’

oleh Ahmad Albab
09/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai 43 warga China ditahan dipercayai terlibat dengan aktiviti penipuan ‘Macau Scam’ dalam dua serbuan berasingan di Mont Kiara dan Taman OUG di sini, hari ini.

Dalam operasi bermula 1 tengah hari itu, sepasukan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman menahan 37 lelaki dan enam wanita China serta seorang lelaki tempatan yang kesemuanya berusia antara 20 dan 50 tahun.

Pengarah JSJK Bukit Aman Datuk Acryl Sani Abdullah Sani dalam kenyataan berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kegiatan ‘Macau Scam’ itu daripada polis China.

“Mangsa kumpulan ini adalah rakyat China dan setakat ini tiada rakyat tempatan dikesan menjadi mangsa kumpulan ini,” katanya.

Beliau berkata suspek akan membuat panggilan telefon mengatakan tiada bayaran dibuat terhadap barangan atau perkhidmatan yang telah mangsa gunakan.

“Suspek akan menuduh mangsa mengguna sumber identiti palsu atau wang daripada sumber kad palsu.

“Kemudiannya mereka (suspek) akan mengugut untuk merujuk perkara itu kepada pihak polis, bank persekutuan atau mahkamah jika mangsa tidak membuat bayaran,” katanya, sambil menjelaskan urusan dokumentasi kesemua suspek sedang dijalankan dengan polis China. – BERNAMA

Tags: Macau Scam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

China Hukum Mati Ketua Sindiket Penipuan Sempadan Myanmar

China Hukum Mati Ketua Sindiket Penipuan Sempadan Myanmar

06/11/2025
0

CHINA HUKUM MATI KETUA SINDIKET PENIPUAN SEMPADAN MYANMAR – OPERASI “CYBER SLAVERY” DIGEMPUR HABIS-HABISAN Oleh Mynewshub  BEIJING, 6 November 2025...

Warga Emas Gagal Dapat Gelaran ‘Datuk Seri’, Rugi RM571,000

Warga Emas Gagal Dapat Gelaran ‘Datuk Seri’, Rugi RM571,000

26/05/2023
0

KUANTAN: Keinginan seorang kontraktor untuk bergelar ‘Datuk Seri’ terkubur apabila kerugian sehingga RM571,000 akibat terpedaya dengan penipuan sindiket Macau Scam....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd