• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Projek DBKL Bernilai RM46.5 Juta Lewat Siap – JAN

oleh Ahmad Albab
21/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Empat projek bagi tarikan pengunjung di ibu negara bernilai RM46.5 juta tidak siap mengikut jadual antaranya kerana pelantikan kontraktor yang tidak layak dan tidak berpengalaman, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2015 Siri 2.

Projek Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang lewat disiapkan itu ialah Kerja Pengindahan KL Heritage Trail 1, Menghidupkan Semula Medan Pasar dan Dataran Merdeka bernilai RM18.58 juta.

Kerja pengindahan KL Heritage Trail 3 (RM11.52 juta); Kerja Meroboh Struktur Air Pancut Periuk Kera dan Membina Jam Kira Detik 2020 di Persimpangan Jalan Raja dan Jalan Parlimen (RM9.7 juta) serta Menaik Taraf Masjid Jamek (RM6.7 juta).

Menurut laporan yang dikeluarkan hari ini, ada projek yang lewat sehingga 482 hari manakala ada yang belum siap sehingga kini biarpun ia sepatutnya disiapkan pada bulan Ogos 2014.

Antara alasan yang diterima ialah kekerapan perubahan reka bentuk, kelewatan pengalihan kemudahan utiliti, dan banjir di tapak binaan.

Kesemua projek itu merupakan projek di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Greater Kuala Lumpur/Klang Valley.

Bagaimanapun pihak Audit memuji DBKL bagi prestasi kewangan untuk keempat-empat projek tersebut yang memuaskan. – BERNAMA

Tags: DBKLJabatan Audit Negara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penutupan Sementara Jalan Berperingkat Sempena Perarakan Keagamaan Hindu – DBKL

Penutupan Sementara Jalan Berperingkat Sempena Perarakan Keagamaan Hindu – DBKL

31/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa jalan utama di sekitar ibu negara akan ditutup sementara secara berperingkat sempena Perarakan Kuil Sri Thandayuthapan...

DBKL Sita Peralatan ‘Mobilegrapher’ Di Pintasan Saloma, KLCC

DBKL Sita Peralatan ‘Mobilegrapher’ Di Pintasan Saloma, KLCC

22/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita 23 peralatan jurugambar haram 'mobilegrapher' serta ambil tindakan terhadap penjaja air tanpa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd