• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Lembu Mangsa Gempa Terburuk NZ Jadi Perhatian

oleh
15/11/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WELLINGTON – Tiga ekor lembu yang mendapat perhatian dunia setelah ditemui terbiar di dataran kecil berumput susulan gempa bumi dahsyat melanda New Zealand, akhirnya diselamatkan.

Gegaran sekuat 7.8 pada skala Richter melanda tengah New Zealand pada 14 November, mengorbankan sekurang-kurangnya dua orang dan menyebabkan kerosakan besar dengan nilai kerugian mencecah berbilion-bilion dolar.

Nasib lembu itu menjadi viral pada Isnin selepas rakaman video dari sebuah helikopter menunjukkan tiga haiwan tersebut terperangkap di busut rumput dekat Kaikoura, kira-kira 150 kilometer ke timur laut Christchurch.

Rakaman itu memaparkan dua ekor lembu dan seekor anak lembu terkandas di sebidang tanah kecil yang masih bertahan setelah ladang-ladang di sekelilingnya runtuh ekoran insiden tanah runtuh akibat gempa tersebut.

Visual yang cukup menyayat hati itu berjaya dirakam perkhidmatan berita tempatan, Newshub, semasa helikopter tersebut terbang di ladang di luar bandar Kaikoura, dan dikongsi ramai pengguna media sosial di seluruh dunia.

Ramai netizen menggesa operasi khas dijalankan untuk menyelamatkan lembu itu. Newshub namun melaporkan bahawa ia diselamatkan setelah sekumpulan penyelamat menggali tanah di sekeliling haiwan itu dengan penyodok.

cows1

“Kami gali satu laluan dengan melibatkan ramai orang kerana tanahnya agak lembut, kami berjaya buat satu laluan dan bawa lembu-lembu itu keluar,” kata seorang petani yang memiliki lembu berkenaan dan dipetik Newshub.

Ketiga-tiga lembu ‘terkandas’ itu adalah dari kalangan kumpulan lebih besar sebanyak 14 lembu yang sudah pun diselamatkan dari tempat tersebut, dan sebenarnya merupakan dataran padang rata sebelum gempa itu melanda.

Laluan ke Kaikoura terputus akibat tanah runtuh besar berikutan gempa melanda sejurus selepas tengah malam 13 November lalu, memusnahkan rumah ladang dan jalan raya serta landasan kereta api di seluruh kawasan terlibat.

“Kami kehilangan binatang ternakan. Seluruh lereng bukit runtuh semasa gempa di timur laut Pulau Selatan dan kami memiliki banyak haiwan ternakan di sana – kami tidak tahu apa yang kami ada,” luah petani tersebut lagi.

Lembu-lembu ‘amat jinak’ itu malah sudah diberikan air dan kini selamat, kata petani itu lagi. Gempa bumi dahsyat itu menyebabkan tanah milik beliau menjadi 3 meter lebih tinggi, tambahnya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: New ZealandRichter
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Gempa Bumi 6.2 Magnitud Landa Barat Daya New Zealand

Gempa Bumi 6.2 Magnitud Landa Barat Daya New Zealand

29/04/2025
0

ISTANBUL - Gempa bumi berukuran 6.2 magnitud menggegarkan kawasan berhampiran bandar Bluff di barat daya New Zealand, lapor Anadolu Ajansi...

NZ Mansuhkan Larangan Hisap Rokok Untuk Generasi Akan Datang

NZ Mansuhkan Larangan Hisap Rokok Untuk Generasi Akan Datang

28/11/2023
0

AUCKLAND: New Zealand bakal membatalkan larangan untuk generasi akan datang menghisap rokok yang mendapat pujian seluruh dunia, sebelum ini. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd