• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Nelayan Indonesia Diculik Di Perairan Merabung

oleh
20/11/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAHAD DATU – Dua nelayan warga Indonesia diculik di perairan Merabung dekat sini, semalam.

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk DCP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata juragan, 43, dan pembantunya berusia 36 tahun itu diculik kira-kira 7.30 malam.

“Pada kira-kira 6.30 petang, juragan dan pembantunya itu bersama 11 awak-awak memberhentikan bot mereka di kawasan itu untuk menangkap ikan dan mereka kemudian didatangi sekumpulan lelaki bersenjata yang naik ke atas bot.

“Kumpulan ini telah mengambil kesemua telefon bimbit milik kru kapal dan turut menyamun enjin bot,” katanya kepada Bernama.

Wan Abdul Bari berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira 30 minit kemudian kerana radio bot berkenaan rosak.

“Sebelas awak-awak yang selamat mendapatkan bantuan daripada bot nelayan lain dan menghubungi pihak keselamatan menerusi radio mereka,” katanya lagi.

Beliau berkata kru yang selamat dan bot nelayan itu berlabuh di jeti kira-kira 3 pagi tadi.

“Siasatan masih dijalankan berhubung kejadian culik tersebut,” katanya lagi.

Wan Abdul Bari berkata, kumpulan senjata yang mendalangi kejadian itu bertindak bergerak ke sempadan antarabangsa.

Pada 5 November lalu, dua tekong kapal nelayan diculik di perairan Kertam, Kinabatangan, Sandakan. – BERNAMA

Tags: culikEsscom
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Culik Pemilik Kedai Emas, Polis Buru 4 Suspek

Culik Pemilik Kedai Emas, Polis Buru 4 Suspek

28/05/2025
0

KOTA BHARU: Polis masih memburu empat suspek dipercayai terbabit dalam kes culik pemilik kedai emas di Tumpat pada 20 Mei...

2 Pelajar Warga China Mengaku Tak Salah Tipu Penculikan, Tuntut Ibu Bayar Tebusan RM2.9 Juta

2 Pelajar Warga China Mengaku Tak Salah Tipu Penculikan, Tuntut Ibu Bayar Tebusan RM2.9 Juta

13/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Dua warga China yang juga pelajar sebuah universiti di Singapura hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd