• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

10 Rumah Musnah, Angin Kencang Di Pulau Betong

oleh Ahmad Albab
06/11/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALIK PULAU – Sepuluh rumah di Kampung Perlis, Pulau Betong musnah selepas dilanda angin kencang awal hari ini.

Seorang daripada pemilik rumah, Khairul Amin Ahmad berkata dia terkejut apabila angin kencang tersebut memusnahkan bumbung rumahnya.

“Kebanyakan barangan rumah saya rosak. Memandangkan musim hujan sudah bermula, saya perlu membaiki bumbung secepat mungkin sebelum timbul masalah lain,” katanya.

Angin kencang disertai hujan bermula kira-kira 1 pagi dan keadaan angin kencang berlaku kira-kira 30 minit selepas itu.

Menurut penduduk kampung, angin bertiup kencang sejak beberapa hari lalu dan mereka risau insiden itu akan berulang.

Nur Hidayah Omar, 26, berkata bumbung rumahnya hampir rosak disebabkan tiupan angin itu dan dia bimbang keadaan akan menjadi lebih buruk jika angin kencang diiringi hujan lebat berterusan.

“Rumah jiran saya rosak teruk akibat angin kencang itu dan kami bernasib baik tiada perkara buruk yang berlaku kepada kami. Ketika kejadian, saya boleh dengar deruan angin dan bunyi seolah-olah zink bumbung rumah saya akan diterbangkan,” katanya.

Empat tahun lalu, Kampung Perlis antara tiga buah kampung yang terjejas akibat angin kencang yang merosakkan kira-kira 100 buah rumah.

Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Betong Muhamad Farid Saad berkata sebuah rumah rosak teruk manakala sembilan yang lain dilaporkan rosak sebahagian.

“Setakat ini, kami bantu apa yang mampu untuk meringankan beban penduduk kampung,” katanya. – BERNAMA

Tags: Angin Kencang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Angin Kencang 60 km/j Landa Terengganu Sehingga Isnin

26/02/2022
0

KUALA NERUS – Angin kencang timur laut berkelajuan sehingga 60 kilometer sejam (km/j) dan hujan berterusan yang melanda seluruh Terengganu...

Ribut Petir, Angin Kencang Dijangka Hingga Awal Mac

22/02/2022
0

KUALA LUMPUR: Kejadian ribut petir dan angin kencang yang berlaku kini dijangka berlarutan sehingga awal Mac ini. Ketua Pengarah Jabatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd